Ramalan Zaid Ibrahim, Puad Zakarshi cetek, berniat cemar reputasi Tun Mahathir

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

رامالن زيد إبراهيم، ڤواد ذكرشي چيتيق، برنية چمر ريڤوتاسي تون محضير

Zaid Ibrahim dan Puad Zakarshi tak perlu bersikap ‘kalut’ untuk mencampuri urusan orang lain yang dia sendiri tidak mempunyai matlumat sahih.

Dari dulu sehingga kini; Zaid Ibrahim dan Puad Zakarshi tidak pernah berubah!! Kepakaran kedua mereka hanyalah untuk buat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas bagi mencari publisiti murahan untuk tujuan agenda politik peribadi murahan mereka.

Siapa Zaid Ibrahim nak katakan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Pejuang akan bertanding di bawah tiket parti PPBM pada pilihanraya umum yang akan datang?




Ini satu kenyataan yang cukup bodoh dan paling dangkal.

Kami dalam Pejuang pun tak pernah dengar kepimpinan tertinggi bercakap atau buat keputusan menyatakan akan bertanding di bawah parti PPBM pada PRU15 nanti.

Macamana pula orang luar seperti Zaid Ibrahim boleh buat kenyataan sebegini rupa?

Tambahan pula, Zaid Ibrahim tidak pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad begitu lama serta tidak pernah berbicara tentang perkara ini.

Begitu juga dengan kedunguan Puad Zakarshi yang menyatakan perkara yang sama malahan turut berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjaya di mana saja beliau berada.

Kata Puad Zakarshi lagi kononnya; jika Tun Dr Mahathir Mohamad cepat bersama PPBM maka PPBM akan cepat jatuh.

Budak Puad Zakarshi ini ‘otak selut’ dan ‘melayu mudah lupa’.

Loading...

Bila Tun Dr Mahathir Mohamad berada bersama PH pada PRU14 yang lepas apa yang terjadi pada BN dan kerajaan kleptokrasi?

BN serta kerajaan kleptokrasi yang tumbang dan akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Tokoh negarawan ini tidak pernah tumbang.

Apa yang berlaku selepas ‘langkah sheraton’ Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan kerana pengkhianatan beberapa orang  dalaman PH yang rakus kuasa sehingga Pakatan Harapan hilang keabsahan yang membuatkan mantan perdana menteri pada waktu itu terpaksa melepaskan jawatannya atas dasar prinsip mahupun selari dengan tuntutan perlembagaan negara.

Waktu itu PH sudah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat!! Jadi, apa pilihan yang Tun Dr Mahathir Mohamad ada pada saat dan ketika tersebut?

Sebenarnya, kenyataan Zaid Ibrahim dan Puad Zakarshi adalah berniat untuk mengelirukan orang ramai serta berniat bagi memecah-belah perpaduan dalam PEJUANG.

Mereka berharap ramai di kalangan pemimpin-pemimpin akar umbi dah ahli-ahli PEJUANG akan membantah keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana masih tidak boleh lupa dengan pengkhianatan muhyiddin yassin sehingga kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah negara.

Namun, apa pun rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dikelirukan oleh kenyataan-kenyataan bodoh seperti ini.

Keseluruhan rakyat Malaysia amat menghormati prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Marzuki Yahya, Datuk Amiruddin  serta Datuk Seri Dr Shahruddin yang sanggup mengorbankan pangkat mahupun wang ringgit demi konsisten dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Zaid Ibrahim dan Puad Zakarshi tak perlu buang masa untuk memperdayakan rakyat malaysia kearah membakar kemarahan semua pihak seolah-olah ‘langkah sheraton’  juga adalah percaturan politik Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya mereka akan bersatu semula dengan muhyiddin yassin pada PRU15.

Ini permainan politik murahan Zaid Ibrahim serta Puad Zakarshi yang sudah bankrap minda!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...