
راماي ڤميمڤين ڤڤبم ماهو لومڤت ماسوق باريسن ناسيونل، دعوا اننوار موسى
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan terdapat beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Saya tahu ramai lagi yang bersedia untuk berbuat demikian, Insya-Allah.
“Gelombang ini bukan satu perkara yang tidak baik dan ia satu proses pemulihan. Belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan terdapat beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Saya tahu ramai lagi yang bersedia untuk berbuat demikian, Insya-Allah.
“Gelombang ini bukan satu perkara yang tidak baik dan ia satu proses pemulihan. Belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Tambah Annuar, sebagai ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu dan menyambut kepulangan sesiapa sahaja yang ingin menyertainya semula.
TONTON: ISMAIL SABRI TIDAK MUNGKIN SELAMATKAN KEADAAN
“Mudah-mudahan ia turut merintis kepulangan dokongan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini.
“Dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dokongan personaliti, bukan organisasi atau ideologi,” ujarnya
Jelasnya, UMNO adalah sebuah parti berakar umbi dan mempunyai organisasi yang tidak terlalu bergantung kepada personaliti.
“Saya mendoakan lebih ramai kawan-kawan yang dahulunya meninggalkan parti ini, kembali semula,” katanya lagi.
Sumber:
WAJIB BACA:
KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS
