
“Harapan untuk kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tipis, malah Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara yang kini masuk hari ke 25 terbukti gagal. Ramai di sekeliling Muhyiddin sudah mula sedar akan perlunya Majlis Pemulihan Negara malah sedang berbincang berkenaannya…”
Raggie Jessy Rithaudeen
راماي د سكليليڠ محي الدين سوده مولا تريما حقيقة
Sertai INSTAGRAM TTF di sini
Perpecahan yang melanda Barisan Nasional dan Pakatan Harapan merupakan satu lagi sebab kenapa Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad amat diperlukan pada ketika ini.
Di sebelah Pakatan Harapan, lebih separuh ahli-ahli parlimen, pemimpin bahagian dan cawangan tidak yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak keberatan menyokong Mahathir jika beliau mempengerusikan MPN.
Di sebelah Barisan Nasional pula, majoriti ahli-ahli parlimen menolak kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sudah lama bersedia untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) kalau tidak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Perkara ini sudah lama saya dedahkan, khususnya, kewujudan Team A (atau ‘kluster mahkamah’) yang diterajui oleh gandingan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.
Team A kini dianggotai oleh tujuh ahli parlimen, manakala Team B pula diwakili oleh 30 hingga 31 ahli parlimen yang pada dasarnya bersekutu, walaupun terbahagi kepada dua kumpulan – satu berpihak kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan satu lagi berpihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Seperti juga Team B, lebih 90 peratus pemimpin bahagian dan cawangan UMNO sudah lama menolak gandingan Zahid dan Najib dan tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dibuat oleh Zahid atau Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.
Malah, ahli-ahli parlimen dari Team B tidak menghiraukan langsung sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Zahid dan bertekad untuk membuat keputusan sendiri bila tiba masanya.
Kebanyakkan ahli-ahli Team B tidak ada masalah jika Mahathir berganding dengan Tengku Razaleigh dan Hishammuddin untuk menerajui kerajaan atau jika Mahathir dan Tengku Razaleigh berganding bahu menjayakan MPN.
Andai kata MPN diwujudkan, tidak ada halangan untuk parlimen bersidang, malah setiap persidangan dijangka lebih menumpu kepada soal permasalahan rakyat daripada percakaran antara ahli-ahli parlimen pembangkang dan kerajaan.
Ini kerana ahli-ahli parlimen akan tahu pentadbiran kewangan, ekonomi, kesihatan, sosial dan pendidikan negara berada di bawah bidang kuasa MPN dan akan kekal begitu sehingga penggal parlimen ke-14 berakhir.
Justeru, ahli-ahli parlimen akan lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu yang dibawa oleh MKN dan akan berfikir tentang kestabilan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Pihak MPN pula tidak perlu risau tentang isu keabsahan kerajaan atau percubaan menggulingkan kerajaan kerana MPN bukannya kerajaan dan akan terus mentadbir urus aspek kewangan, ekonomi, kesihatan, sosial dan pendidikan negara sehingga parlimen dibubarkan.
Ini sekaligus akan melumpuhkan keupayaan pemimpin-pemimpin yang kemaruk kuasa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memporak-perandakan politik negara dan pentadbiran persekutuan.
Saya difahamkan, perkara ini telah diakui oleh ramai ahli parlimen dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dan juga sekumpulan pemimpin dari PAS, PPBM dan Sarawak yang tidak ingin nama mereka didedahkan.
WAJIB BACA:
