“Apakah Dahlan sedang dipergunakan oleh Zahid untuk menyerang Bung Moktar yang sememangnya berasal dari Team A pimpinan Najib?”
Raggie Jessy Rithaudeen
رحمن دحلان ڤرتيكاي بوڠ موكتر تاڤي سڽڤ ايسو زاهيد؟
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilihat keliru dan tidak konsisten dengan kedudukannya berkenaan kriteria yang perlu ada pada seseorang untuk memimpin sesebuah parti politik.
Petang tadi, sebuah portal berita melaporkan Dahlan tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Seri Bung Moktar sebagai ketua jentera Barisan Nasional Sabah kerana Bung terpalit dengan kes Mahkamah yang aktif.
Portal tersebut memetik sumber yang berkata, Dahlan berpendapat, UMNO pusat terlalu banyak campurtangan dalam urusan dalaman UMNO Sabah tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan parti di negeri itu.
“Rahman kurang senang dengan keputusan Umno pusat yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada Umno Sabah yang diberikan kuasa autonomi.
“Walaupun diberi autonomi, namun beberapa perkara masih perlu merujuk kepada Umno pusat. Malah, beliau sendiri tak diberi peluang untuk berjumpa presiden,” dakwa sumber itu.
Sumber itu menambah, semua urusan berkenaan calon yang bakal menghadapi WARISAN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 26hb September ini masih perlu dirujuk ke Kuala Lumpur sedangkan UMNO Sabah dikatakan memiliki autonominya sendiri.
Selain menganggap langkah melantik Bung Moktar sebagai ‘membunuh diri’, Rahman juga melihatnya sebagai suatu penghinaan buat mereka.
“Tidak ada mana-mana dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah yang aktif menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihan raya,” katanya.
Persoalannya, mengapakah Dahlan tidak mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam UMNO atas alasan sama yang digunakannya untuk mempersoal kepimpinan Bung Moktar?
Bukankah Zahid sendiri mempunyai kes mahkamah yang aktif, dan bukankah Dahlan merupakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang tertakluk terus kepada segala keputusan Zahid?
Bukankan Zahid yang akhirnya melantik Bung untuk menerajui jentera Pilihan Raya Barisan Nasional di Sabah walaupun Bung terpalit dengan “kes mahkamah aktif?”
Jadi mengapakah Dahlan tidak membawa isu ini terus ke perhatian Zahid atau MKT UMNO yang sekaligus boleh digunakan sebagai landasan untuk mempersoalkan kepimpinan Zahid?
Atau apakah Dahlan sedang dipergunakan oleh Zahid untuk menyerang Bung Moktar yang sememangnya berasal dari Team A pimpinan Najib?
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
