Rafizi takut, Anwar takut, kehadiran di program PN melimpah, tak perlu tempah bas – Muhyiddin

Muhyiddin mengimbas kembali semasa programnya baru-baru ini di Selangor yang menyaksikan jarak lokasi ceramah PH-UMNO dekat, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan kehadiran pada saat akhir kerana tidak ramai yang hadir. Sumber (gambar): Agenda Daily

رافيزي تاكوت، انور تاكوت، كحاضيرن د ڤروڬرام ڤن مليمڤه، تق ڤرلو تمڤه بس – محي الدين

拉菲兹害怕,安华害怕,PN计划的出席者很多,无需预订巴士 - 

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) masih kuat dan semakin meningkat sehingga sekarang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata sokongan kepada gabungan itu tidak terhenti hanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, malah kehadiran dalam setiap program anjuran PN melimpah dan tidak perlu menyewa bas untuk membawa orang ramai ke tempat ceramah.

“Sokongan rakyat yang ada pada PRU itu sehingga ini masih berterusan malahan meningkat.

“Rafizi, kenalkah Rafizi? Menteri formula. dia kata dah tepu dah sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional makna tak naik lagi dah kata dia.

“Siapa kata? Apa asas dan bukti yang dibuat dan dikumpul untuk menyatakan begitu? Sebenarnya kenyataan itu menunjukkan dia takut. Rafizi takut Anwar takut di sebelah itu juga, semuanya takut dan bimbang,” ujarnya lagi.

“Luar biasa sokongan orang Melayu Islam dan bumiputera di dalam negara kita kepada Perikatan Nasional, dikatakan hasil daripada pilihan raya umum yang lepas, hampir lebih kurang 80 peratus umat Islam Melayu dan bumiputera menyokong Perikatan Nasional.

TONTON: GUAN ENG DILAPORKAN DAKWA GELOMBANG HIJAU PN AKAN ROBOHKAN TOKONG – JIKA BENAR, ADAKAH MANUSIA LUARBIASA RASIS, ANTI ISLAM INI AKAN DITAHAN? 

“ Dan situasi keadaan yang baru berlangsung beberapa bulan ini masih kekal. Macam yang kita lihat pada malam ini, yang sudah pun berlaku di banyak-banyak tempat di negeri-negeri lain melaut manusianya,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam ceramah Teguh Pertahan di Kuala Terengganu.

Untuk rekod, tinjauan wartawan Agenda Daily semasa ceramah Pakatan Harapan (PH)-UMNO di Bangi, Selangor pada Jumaat baru-baru ini mendapati deretan bas membawa orang ramai ke tapak ceramah.

Selain itu, tular dalam media sosial program anjuran PH bersama pemimpin UMNO di Kedah dan Selangor lebih banyak kerusi daripada orang ramai yang hadir.

“Di kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri-negeri yang mengadakan pilihan raya ini jumlah kehadirannya (ceramah) lebih ramai manusia daripada kerusi,” katanya lagi.

Muhyiddin juga mengimbas kembali semasa programnya baru-baru ini di Selangor yang menyaksikan jarak lokasi ceramah PH-UMNO dekat, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan kehadiran pada saat akhir kerana tidak ramai yang hadir.

“Sehingga di waktu mana saya berada berapa minggu yang lepas mengadakan ceramah di Shah Alam, di sebelah sana dengan tidak terduga juga dianjurkan oleh pihak parti yang dikatakan diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Loading...

“Tetapi bila mereka melihat jumlah kehadiran kita begitu ramai, di sebelah sana tak sampai dua ribu yang hadir, jadual awalnya dikatakan Perdana Menteri nak hadir dibatalkan. Kenapa? Malu,” katanya lagi.

Untuk rekod pada 24 Jun lalu, PH-UMNO menganjurkan “Jelajah Mega Madani” yang pada awalnya dijadualkan Anwar dan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi ucapan tetapi dibatalkan pada saat akhir.

Bayang Presiden PKR dan UMNO yang dikenali sebagai cikgu dan anak murid yang dinanti-nanti penyokong kerajaan campuran tidak nampak di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, kurang 1km dari perhimpunan PN di IDCC.

Dalam perhimpunan PN tersebut, pemimpin utama, Muhyiddin dan Pengerusi PN Selangor Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil pada program tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya sokongan kepada PN sudah merosot sejak berakhir PRU-15 lalu.

“Sokongan rakyat yang ada pada PRU itu sehingga ini masih berterusan malahan meningkat.

“Rafizi, kenalkah Rafizi? Menteri formula. dia kata dah tepu dah sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional makna tak naik lagi dah kata dia.

“Siapa kata? Apa asas dan bukti yang dibuat dan dikumpul untuk menyatakan begitu? Sebenarnya kenyataan itu menunjukkan dia takut. Rafizi takut Anwar takut di sebelah itu juga, semuanya takut dan bimbang,” ujarnya lagi.

Sumber berita:

Tajuk:

#PMX #Anwar #PRN #Muhyiddin #PerikatanNasional

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...