Rafizi Ramli terlalu megah diri, semua ramalan tak menjadi

Khairuddin Abu Hassan

رافيزي راملي ترلالو مڬه ديري، سموا رامالن تق منجادي

Rafizi Ramli adalah seorang politikus yang amat angkuh dan bersikap ‘superiority complex’ terlalu tinggi.

Dia ingat dalam dunia ini hanya beliau seorang saja yang pandai berpolitik.




Bagi saya Rafizi Ramli adalah seorang manusia yang tidak boleh berpijak di bumi yang nyata serta tidak boleh terima hakikat yang hakiki.

Sekiranya beliau pandai sangat kenapa pilihan raya umum sejak tahun 1999 dengan isu Reformasi paling dahsyat diketahui di seluruh dunia sehingga PRU13 Pakatan Rakyat gagal kalahkan BN?!

Jadi pandai sangat kah Rafizi Ramliini?!

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad gerakkan Deklarasi Rakyat pada tahun 2016 seterusnya bersama PH bagi menghadapi PRU14 telah berjaya menumbangkan kerajaan kleptokrasi BN pada waktu itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya mencipta angin perubahan sehingga lebih 12% undi Melayu menyebelahi PH sehingga kerajaan BN buat pertama kali dalam sejarah politik negara kita tumbang!!

Anwar Ibrahim sudah berkali-kali cuba untuk jatuhkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO tetapi semuanya gagal.

Sesungguhnya, secara jujur saya ingin nasihati budak Rafizi Ramliini cermin muka sendiri dan terimalah hakikat bahawa mereka ini puak yang gagal untuk menandingi BN atau menjatuhkan UMNO!!

Loading...

Jangan hanya pandai beretorik berteraskan fakta-fakta teori ‘syok sendiri’ semata-mata.

Pada PRU14 sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berganding bahu dengan PH sudah pasti mereka akan tewas lagi dalam pilihanraya umum negara kita.

Sama-sama kita saksikan pada PRU15 kelak tanpa penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan PH setakat mana mereka boleh kecapi kejayaan.

Bagi Rafizi Ramli semua orang tidak betul serta serba tidak kena.

Hanya dia seorang saja yang bijak berpolitik dalam dunia ini.

Tokoh negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang terlibat dalam politik sebelum tahun 1946 sehingga kini pun seolah-olah tidak sehebat seperti Rafizi Ramli!!

Inilah permasalahan dengan Rafizi Ramli yang pada hemat saya adalah seperti ‘katak di bawah tempurung’ yang hanya berangan mengikhtiraf dirinya saja yang pandai.

Tetapi pada realitinya dia adalah ‘pot tin’ kosong yang selalu tewas teruk dalam ramalan-ramalan politik secara tidak tepat!!

Banyak ramalan-ramalan politik Rafizi Ramli tidak tepat serta tak menjadi realiti.

Dalam erti-kata yang lain Rafizi Ramli hanya bijak berpaut erat pada sikap ‘egoistik’ serta ‘superiority complex’ yang terlalu tinggi semata-mata!!

Karakter seperti Rafizi Ramli ini elok jika kita cadangkan untuk dihantar ke planet Marikh bagi dia bangunkan dunianya yang tersendiri dan hidup bersendirian di sana kerana beliau tidak mempunyai sifat kesetiakawanan yang tulen.

WAJIB BACA:

Rahsia Najib ke Melaka

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...