
ڤواد ذكرشي ڤدم كڽاتأن، حاكيم تولق ڤرموهونن ڤواد، محي الدين
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan perintah injuksi interim bagi menghalang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menerbitkan semula kenyataan fitnah membabitkan bekas perdana menteri itu berhubung perintah kuarantin di akaun Facebook miliknya.
Hakim, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, turut menolak permohonan Mohd Puad untuk mengetepikan perintah injuksi interim sebelah pihak (ex-parte) yang diperoleh Muhyiddin pada 1 Mac lalu berhubung perkara sama.
Dalam writ saman yang difailkan atas kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada pada 9 Februari lalu, Mohd Puad menerbitkan suatu hantaran di laman Facebooknya di bawah nama “DrPuad Zarkashi” bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.
Muhyiddin mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan sudah menerima lebih daripada 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan perintah injuksi interim bagi menghalang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menerbitkan semula kenyataan fitnah membabitkan bekas perdana menteri itu berhubung perintah kuarantin di akaun Facebook miliknya.
Hakim, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, turut menolak permohonan Mohd Puad untuk mengetepikan perintah injuksi interim sebelah pihak (ex-parte) yang diperoleh Muhyiddin pada 1 Mac lalu berhubung perkara sama.
Mohd Firuz membuat keputusan itu dengan mengambil maklum bahawa Mohd Puad sudah mematuhi perintah injuksi interim ex-parte dengan memadamkan kenyataan yang dipertikaikan itu daripada laman Facebooknya.
“Namun begitu, ini bukan pengakhiran buat defendan (Mohd Puad) sekiranya defendan berjaya dalam perbicaraan kelak.
“Akhir sekali, kenyataan yang dipertikaikan itu sudah diturunkan. Dalam keadaan ini, saya tidak cenderung untuk membenarkan permohonan interim injuksi ini,” katanya.
BACA: 100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL
Mohd Puad yang hadir di mahkamah, diwakili peguam G. Rajasingam dan Shahrul Fazli Kamarulzaman, manakala Muhyiddin diwakili peguam Rosli Dahlan dan Datuk DP Naban.
Dalam writ saman yang difailkan atas kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada pada 9 Februari lalu, Mohd Puad menerbitkan suatu hantaran di laman Facebooknya di bawah nama “DrPuad Zarkashi” bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.
Muhyiddin mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan sudah menerima lebih daripada 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian.
Muhyiddin turut mendakwa hantaran itu merujuk kepada “PM” iaitu singkatan kepada perdana menteri selain mendakwa hantaran itu mengandungi penyataan yang jelas sekali tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat terhadap plaintif serta memfitnahnya.
Muhyiddin mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif dan rombongan enggan dikuarantin selama 10 hari setelah mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia sedangkan mereka semua sedang menjalani kuarantin pada masa tersebut.
Sumber:
WAJIB BACA:
