Puad Zakarshi: Kualiti rakaman audio Zahid-Anwar cukup tinggi, menandakan konspirasi ‘tahap tertinggi’

Mohd Puad berkata, skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan dalang terhadap rakaman audio perbualan dua individu didakwa mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR yang tular di media sosial.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, butiran perbualan itu cukup jelas dan berkualiti tinggi, malah mendakwa ia mungkin menggunakan peralatan canggih yang tidak mampu dimiliki orang biasa.

“Apakah ini konspirasi ‘peringkat tertinggi’? Ini bukan kerja calang-calang. Kita masih ingat apabila Latheefa Koya (Bekas Pesuruhjaya SPRM) dedah perbualan antara Najib (Bekas Perdana Menteri) dan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan?” soal beliau menerusi laman Facebook miliknya.

“Tular kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas Najib menerima notis muflis daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas,” katanya.


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan dalang terhadap rakaman audio perbualan dua individu didakwa mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR yang tular di media sosial.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, butiran perbualan itu cukup jelas dan berkualiti tinggi, malah mendakwa ia mungkin menggunakan peralatan canggih yang tidak mampu dimiliki orang biasa.




“Apabila tular rakaman perbualan antara (Datuk Seri) Ahmad Zahid (Hamidi) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, itu angkara siapa? Kalau ia tulen, apakah negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan ditular?

“Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan ‘politiking’ tetapi rupanya semakin bermaharajalela.

BACA JUGA: ZAHID-ANWAR AUDIO LEAK: ZAHID TRIED TO MISLEAD AGONG, BARISAN NASIONAL MORE THAN ONCE

“Apakah ini konspirasi ‘peringkat tertinggi’? Ini bukan kerja calang-calang. Kita masih ingat apabila Latheefa Koya (Bekas Pesuruhjaya SPRM) dedah perbualan antara Najib (Bekas Perdana Menteri) dan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan?” soal beliau menerusi laman Facebook miliknya.

Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat turut mendakwa, sejak 2018 sehingga kini, UAE tidak lagi melabur di Malaysia tetapi melabur di Indonesia hampir RM130 bilion.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tentu ada penjelasan mengapa balik tangan kosong dari lawatan ke UAE baru-baru ini.

“Sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terselamat kerana Parlimen tidak bersidang untuk beri peluang kepada Ahli Parlimen pembangkang bangkitkan isu ini.

“Sekurang kurangnya, Ahli Parlimen boleh desak supaya ditubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menyiasat perkara serius ini untuk mencari kebenaran,” ujarnya

Loading...

Mohd Puad turut menyatakan skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia.

“Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila pejabat Parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon dipasang.

“Tular kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas Najib menerima notis muflis daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid telah menafikan rakaman audio yang tular tersebut dan telah melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Sumber:

MUST READ:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...