Puad Zakarshi kepada Muhyiddin: Mana lagi sakit, suntikan vaksin atau titah Agong?

Menurut Puad, PPBM runsing bila 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM. Itu bermakna UMNO tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari UMNO ke PPBM. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤواد ذكرشي كڤد محي الدين: مان لاڬي ساكيت، سونتيكن ۏكسين اتاو تيته اڬوڠ؟

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu hantaran Facebook, Puad bertanya secara sinis mana yang lebih sakit bagi Muhyiddin, suntikan vaksin atau titah Yang Di-Pertuan Agong bahawa parlimen boleh bersidang.

“Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan PRU. Silap langkah PPBM boleh meninggal.

Menurut Puad, peristiwa di mana PPBM hilang pegangannya di Johor dan Perak di ketika parti itu amat berkuasa di kerajaan pusat menghiris hati kepemimpinnya.


PETALING JAYA: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu hantaran Facebook, Puad bertanya secara sinis mana yang lebih sakit bagi Muhyiddin, suntikan vaksin atau titah Yang Di-Pertuan Agong bahawa parlimen boleh bersidang.




“Nak tanya Muhyiddin, semalam mana yang lebih sakit. Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang. Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes.”

“Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan PRU. Silap langkah PPBM boleh meninggal.

Menurut Puad, peristiwa di mana PPBM hilang pegangannya di Johor dan Perak di ketika parti itu amat berkuasa di kerajaan pusat menghiris hati kepemimpinnya.

“PPBM memang runsing bila 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM. Itu bermakna UMNO tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari UMNO ke PPBM.

“Maka apa yang tinggal untuk PPBM? Pagoh sendiri belum tentu dapat dipertahankan. Apa jaminan bukan Melayu akan mengundi PPBM?

“PPBM bukan parti akar umbi. Tun M (Mahathir) rancang jika PH berkuasa, cawangan UMNO automatik jadi cawangan PPBM.

“Sekarang apa jadi? Boleh tanya tak, berapa cawangan PPBM di 16 kerusi lompat. Contoh Larut dan Mersing. Saja tanya. Jangan saman pula.”

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...