
ڤواد ذكرشي: برتاڽ ڤون كنا سامن؟
Setelah menerima amaran untuk samada memohon maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan saman, ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terus mempersoalkan kewajaran kerajaan melaksanakan darurat serta pelbagai peraturan yang ditetapkan mereka.
Menerusi satu hantaran di media social, Puad berkata apa yang dipersoalkan ialah “perintah” yang dikeluarkan oleh menteri menggunakan Warta Persekutuan.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
Muhyiddin pada Khamis lalu mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
Mohd Puad kemudian menerusi hantaran di Facebook mendakwa, bertanya apakah rombongan Perdana Menteri tidak mahu dikuarantin selama 10 hari.
PETALING JAYA: Setelah menerima amaran untuk samada memohon maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan saman, ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terus mempersoalkan kewajaran kerajaan melaksanakan darurat serta pelbagai peraturan yang ditetapkan mereka.
Menerusi satu hantaran di media social, Puad berkata apa yang dipersoalkan ialah “perintah” yang dikeluarkan oleh menteri menggunakan Warta Persekutuan.
Puad memberi contoh kelonggaran kuarantin wajib ke atas menteri yang pulang dari luar negara.
“Apakah itu tujuan darurat? Untuk memenuhi keperluan dan keselesaan menteri?
“Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan.
“Bertanya pun kena saman?” katanya.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas beliau sekiranya gagal memohon maaf secara terbuka,” tegas kenyataan itu pada Selasa.
Muhyiddin pada Khamis lalu mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
Mohd Puad kemudian menerusi hantaran di Facebook mendakwa, bertanya apakah rombongan Perdana Menteri tidak mahu dikuarantin selama 10 hari.
Bagaimanapun, pejabat Muhyiddin menyatakan, Perdana Menteri telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat lalu.
“Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah,” jelas kenyataan itu lagi.
Untuk rekod arahan yang dikeluarkan Adham baru-baru ini bukan dibuat mengikut kuasa darurat sebaliknya mengikut Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 dari Akta Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit 1988.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
