PRU bulan depan: Zahid gagal dapat persetujuan majoriti MKT

“Strategi menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan Isham Jalil gagal ‘mengegarkan’ semua ahli-ahli MKT, termasuk Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican”

Reggie Jessy Rithaudeen

ڤرو بولن دڤن: زاهيد ڬاڬل داڤت ڤرستوجوان ماجوريتي مقت

Tengah hari semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa UMNO bakal membuat ‘keputusan penting’ berhubung ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas yang lalu serta pendirian terbaru parti itu berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Mesyuarat MKT malam ini menjadi penting bagi menterjemahkan keputusan PAU yang bukan saja sudah memutuskan beberapa perkara yang termaktub dalam usul-usul, tetapi juga mengenai ketetapan dibuat dalam PAU Khas,” katanya.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Berdasarkan kenyataan ini, saya menjangkakan bahawa UMNO akan putuskan bila PRU15 harus diadakan, kerana selain itu, semua perkara membabitkan pilihan raya umum dan pembubaran parlimen telah pun dibincangkan pada PAU, PAU Khas dan satu mesyuarat MKT yang diadakan tidak lama dulu.

Namun, setelah MKT bermesyuarat malam semalam, tidak ada sebarang ‘keputusan penting’ yang diumumkan berkaitan PRU, selain gesaan MKT berhubung Akta Anti Lompat Parti dan persiapan UMNO bagi menghadapi PRU15.

Daripada kenyataan media Datuk Seri Ahmad Maslan, barisan kepimpinan tertinggi parti seolah-olah ‘menukar agenda utama mesyuarat’ pada saat terakhir dan memberi tumpuan lebih kepada ‘nasihat’ buat kerajaan tentang cara-cara menangani isu kenaikan harga barangan.

Bukankah ini pelik?

Biar saya jelaskan:

Kerajaan hari merupakan “kerajaan pimpinan UMNO, dan Barisan Nasional mempunyai representasi terbesar dalam kabinet persekutuan, melibatkan 12 orang menteri dan seorang perdana menteri.

Semua portfolio penting kerajaan membabitkan pengawalan harga barang, ekonomi dan kewangan negara berada samada di bawah seliaan menteri UMNO, timbalan menteri UMNO atau kedua-duanya sekali.

Loading...

Jadi, jika UMNO ingin ‘menasihati’ kerajaan tentang cara-cara menangani isu kenaikan harga barangan, seeloknya, Zahid mengatur satu mesyuarat khas antara MKT dan Ismail Sabri (selaku perdana menteri, bukan ahli MKT) dan membenarkan perdana menteri membuat kenyataan media jika difikirkan perlu.

Ini kerana banyak perkara yang dibincangkan oleh MKT semalam, termasuk isu pengawalan harga barang, membabitkan soal dasar dan tadbir urus negara serta kuasa budi bicara yang ada pada perdana menteri (untuk menasihati Yang Di Pertuan Agong) dan semestinya  berada di bawah bidang kuasa kerajaan, bukannya parti.

Namun, Ismail Sabri tidak hadir ke mesyuarat MKT semalam.

Biarpun begitu, Zahid meneruskan juga mesyuarat dan membenarkan Ahmad Maslan mengumumkan ‘nasihat’ UMNO kepada kerajaan menerusi media, seolah-olah UMNO adalah pembangkang dan tiada representasi dalam kerajaan.

Bukankah ini bermakna Zahid sedang cuba memintas perdana menteri dan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri tidak disokong sepenuhnya oleh Kluster Mahkamah dan MKT?

Saya mengesyaki bahawa mesyuarat semalam sebenarnya bertujuan mendapatkan sokongan MKT agar PRU diadakan bulan depan.

Namun, Zahid mendapat maklum bahawa beliau tidak mungkin mendapatkan persetujuan majoriti ahli-ahli MKT dan tidak dapat mengumumkan ‘keputusan penting’ yang dijanjikan.

Ini sekaligus bermakna strategi menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan Isham Jalil gagal ‘mengegarkan’ semua ahli-ahli MKT, termasuk Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican.

Semalam, saya menulis:

Setakat ini, Kluster Mahkamah gagal memujuk Datuk Seri Ismail Sabri uituk mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di Pertuan Agong.

Ismail Sabri pula bertegas akan menurut keputusan kolektif Barisan Jemaah Menteri dalam soal pembubaran parlimen.

Sebahagian besar menteri-menteri Kabinet tidak mempedulikan tekanan Kluster Mahkamah terhadap Ismail Sabri dan tidak bersetuju Pilihan Raya Umum diawalkan.

Ini termasuklah lapan hingga sembilan menteri UMNO, yang kesemuanya ingin Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan apabila tamat tempoh penuh Parlimen Malaysia ke-14.

Jadi tidak hairanlah jika Zahid mula ‘menekan’ menteri-menteri ini agar mereka bersetuju dengan kehendak Kluster Mahkamah.

Walaupun Tajuddin bukan anggota Kabinet Ismail Sabri, beliau merupakan antara ahli MKT UMNO yang mempunyai hubungan akrab dengan menteri-menteri UMNO dan Bersatu yang menolak pembubaran awal parlimen.

Pemecatan beliau dilihat sebagai ‘amaran awal’ terhadap menteri-menteri UMNO, khususnya, mereka yang berada dalam MKT, supaya menyokong pembubaran parlimen sekiranya mereka ingin disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya.

Ini termasuklah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican, di mana ketiga-tiganya diketahui menolak pembubaran awal parlimen.

Maka tidak hairanlah jika ketiga-tiga mereka menjadi mangsa Kluster Mahkamah dan digugurkan daripada MKT UMNO bersama Ismail Sabri, seandainya mereka terus berdegil dan terus menolak Pilihan Raya Umum awal.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...