
Sebanyak tiga laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian kad sim prabayar percuma dan bantuan khas kepada nelayan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sejak minggu lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom, ia membabitkan kesalahan pilihan raya dan tuduhan rasuah. Daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan pemberian kad sim dan satu laporan berkaitan bantuan RM1,000 kepada nelayan.
Ditanya sama ada SPR menerima aduan berhubung kehadiran menteri yang kerap ke daerah ini, selain pengumuman bantuan serta dan sepanjang tempoh berkempen, Azmi berkata, tiada laporan dibuat kepada pihaknya.
Sementara itu, Azmi berkata Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) menangani 90 kesalahan terutama membabitkan gegantung kempen.
PONTIAN: Sebanyak tiga laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian kad sim prabayar percuma dan bantuan khas kepada nelayan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sejak minggu lalu.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom, berkata semua laporan itu dibuat terus kepada SPRM oleh pengadu.
Katanya, selain SPRM, polis juga menerima 31 laporan berkaitan kesalahan dilakukan sepanjang tempoh sama.
“Setakat ini, 31 laporan polis dibuat sepanjang kempen bermula hingga hari ini dan tiga laporan dibuat kepada SPRM.
“Ia membabitkan kesalahan pilihan raya dan tuduhan rasuah. Daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan pemberian kad sim dan satu laporan berkaitan bantuan RM1,000 kepada nelayan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat mengundi awal di bangunan PERKEP di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini, hari ini.
Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, mempertikaikan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa memberikan kad sim prabayar secara percuma kepada orang ramai pada sesi ceramah umum sempena PRK Tanjung Piai di Tenggayun di sini.
Minggu lalu, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal pula mengumumkan seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai, akan menerima bantuan khas sebanyak RM1,000.
Pada beberapa PRK sebelum ini, SPR berulang kali mengingatkan kepada semua calon bahawa perbuatan ‘membelanja’ pengundi dengan memberi makanan atau minuman untuk meraih undi adalah kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Tindakan memberi wang tunai untuk meraih undi pula dikategorikan sebagai kesalahan melakukan sogokan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kempen PRK Parlimen Tanjung Piai bermula pada 2 November lalu selepas penamaan calon dan hari pengundian pada 16 November ini.
PRK itu menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.
Ditanya sama ada SPR menerima aduan berhubung kehadiran menteri yang kerap ke daerah ini, selain pengumuman bantuan serta dan sepanjang tempoh berkempen, Azmi berkata, tiada laporan dibuat kepada pihaknya.
“Tidak ada (aduan) dibuat kepada kami. Jika seseorang berpendapat sesuatu perbuatan itu tidak betul, mereka perlu membuat laporan kepada polis atau SPRM.
“Secara realiti, kita mempunyai kuasa penguatkuasaan yang kecil dan tindakan hanya membabitkan langkah melaksanakan arahan termasuk membabitkan kesalahan tertentu seperti turunkan gegantung, manakala rasuah adalah bidang kuasa SPRM,” katanya.
Beliau turut menggalakkan laporan bagi perbuatan seumpama itu dibuat kepada SPRM supaya kes boleh dibawa ke mahkamah, seterusnya keputusan hakim boleh dijadikan panduan pihaknya pada masa depan.
Sementara itu, Azmi berkata Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) menangani 90 kesalahan terutama membabitkan gegantung kempen.
Beliau juga berpuas hati dengan proses undi awal yang secara keseluruhan akan membabitkan 280 anggota polis di IPD Pontian pagi ini.
Sumber:
