Raggie Jessy Rithaudeen
Nga Kor Ming baru mengumumkan peruntukan lebih RM1.63 juta bagi pelaksanaan 33 projek di seluruh Parlimen Tapah termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tahun ini.
Sebenarnya, peruntukan ini boleh ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai salahguna jentera kerajaan dan manipulasi pengundi yang bakal berdepan dengan Pilihan Raya Kecil di Ayer Kuning.
Malah, ada asas untuk mengesyaki bahawa ianya bertujuan ‘menyogok’ pengundi, memandangkan pengumuman dibuat dua hari sebelum hari penamaan calon.
Namun, janji-janji sebegini turut ditabur dibawah pentadbiran-pentadbiran terdahulu sebelum Pilihan Raya, jadi saya tidak akan endah rungutan daripada mana-mana puak politik (termasuk pembangkang) berhubung pengumuman terkini Nga.
Cuma, suara rakyat perlu didengar, dan kerajaan masakini perlu sedar bahawa gejala ini pernah dikutuk dengan hebat oleh pemimpin mereka ketika mereka masih bergelar pembangkang.
TONTON JUGA: NEGARA CHINA KENA GETAH (KLIK DI SINI)
