PN tidak perlu ‘mohon permit’ perhimpunan, jangan kelirukan rakyat dengan istilah tidak betul (Kronologi penuh)

Penggunaan istilah ‘permohonan permit’ adalah salah, kerana mana-mana pihak yang ingin menganjur perhimpunan hanya perlu memberi notifikasi kepada OCPD 5 hari sebelum tarikh perhimpunan. TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤن تيدق ڤرلو ءموهون ڤرميتء ڤرهيمڤونن، جاڠن كليروكن رعيت دڠن اصطلاح تيدق بتول

1.     Pada 25 April 2014, dalam kes membabitkan seorang ahli PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

2.     Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai, dalam penghakiman setebal 29 muka surat, berkata hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.




3.     Beliau berkata seksyen itu pada dasarnya melarang perhimpunan spontan serta segera, dan keperluan memberi notis 10 hari menjadikan kebebasan untuk berhimpun secara spontan dan segera satu ilusi.

TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

4.     Disebabkan itu, pada 16 Mei 2014, seorang ahli parlimen DAP, Thomas Su Keong Siong, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen kerana hakim terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nik Nazmi, bertarikh 25 April 2014.

5.     Pada 12 Mei 2015, keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 29 April 2014 itu sah kekal setelah pihak pendakwa raya menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

6.     Namun, dalam kes berasingan membabitkan seorang lagi ahli PKR, R Yuneswaran, Mahkamah Rayuan memutuskan pada 1 Oktober 2015 bahawa Seksyen 9(5) APA adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.

7.     Dalam kes itu, mahkamah tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 25 April 2014, yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) APA adalah tidak berperlembagaan.

8.     Disebabkan itu, Keong Siong yang sebelum itu dilepaskan tanpa dibebaskan didakwa buat kali kedua pada 14 Oktober 2016.

9.     Namun, pada 27 Julai 2018, setelah Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, Keong Siong dilepas dan dibebas setelah permohonan menarik semula tuduhan terhadap wakil rakyat DAP itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab, yang menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Loading...

10.  Pada bulan Julai 2019, Parlimen meluluskan pindaan ke atas APA 2012. Pindaan itu mendapat perkenan diraja pada 7 Ogos 2019 dan berkuat kuasa pada 1 November 2019.

11.  Pindaan yang diluluskan itu telah mengurangkan tempoh masa untuk memberi notifikasi kepada Ketua Polis daerah (OCPD) di mana perhimpunan dianjurkan, daripada 10 hari kepada lima hari.

12.  Perlu dinyatakan di sini, tidak pernah ada pada bila-bila masa keperluan untuk “memohon permit” agar perhimpunan boleh diadakan.

13.  Penggunaan istilah ‘permohonan permit’ adalah salah, kerana mana-mana pihak yang ingin menganjur perhimpunan hanya perlu memberi notifikasi kepada OCPD 5 hari sebelum tarikh perhimpunan.

TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...