PN mampu menang majoriti lebih dua per tiga di Selangor

PN akan bertanding di semua kerusi di Selangor, termasuk tiga DUN di Parlimen Bangi, iaitu Sungai Ramal, Kajang dan Balakong. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤن ممڤو منڠ ماجوريتي لبيه دوا ڤر تيڬ د سلاڠور

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

PERIKATAN NASIONAL (PN) mampu menang sehingga 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berdasarkan gelombang perubahan yang melanda negeri itu sekarang.

Pengerusi PN Parlimen Bangi, Mohd Shafie Ngah, berkata Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah memerlukan PN memenangi 29 kerusi DUN.

Bagaimanapun, katanya 29 kerusi DUN tidak mencukupi untuk membolehkan PN mentadbir Selangor dengan sejahtera, melainkan jumlah itu ditingkatkan sehingga sekurang-sekurangnya 40 kerusi DUN.

“40 kerusi ini kalau mengikut gelombang perubahan yang ada di Selangor ini, dalam tangan PN,” katanya ketika program Jelajah Selangor Baharu dan pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Bangi di sini, malam tadi.


BANDAR BARU BANGI: PERIKATAN NASIONAL (PN) mampu menang sehingga 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berdasarkan gelombang perubahan yang melanda negeri itu sekarang.

Pengerusi PN Parlimen Bangi, Mohd Shafie Ngah, berkata Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah memerlukan PN memenangi 29 kerusi DUN.




Bagaimanapun, katanya 29 kerusi DUN tidak mencukupi untuk membolehkan PN mentadbir Selangor dengan sejahtera, melainkan jumlah itu ditingkatkan sehingga sekurang-sekurangnya 40 kerusi DUN.

“40 kerusi ini kalau mengikut gelombang perubahan yang ada di Selangor ini, dalam tangan PN,” katanya ketika program Jelajah Selangor Baharu dan pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Bangi di sini, malam tadi.

TONTON: PERANG SAUDARA UMNO MENJELANG PRN

Turut hadir Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin; Timbalan Pengerusi PN Parlimen Bangi, Datuk Wan Saiful Wan Jan; bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar serta Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Mohd Shafie berkata, PN akan bertanding di semua kerusi di Selangor, termasuk tiga DUN di Parlimen Bangi, iaitu Sungai Ramal, Kajang dan Balakong.

Bagaimanapun, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi mengingatkan bahawa impian akan tinggal impian dan tidak akan dapat dicapai melainkan melalui kerja kuat semua peringkat, iaitu tidak ada pilihan lain yang boleh diberikan selain mencapai kemenangan.

Menurutnya, PRN akan datang dijangka berlangsung pada akhir Julai atau awal Ogos, namun Selangor masih belum membuat keputusan untuk membubar DUN.

“Khabarnya sudah bertemu Tuanku (Sultan Selangor), tetapi belum bubar lagi. Agaknya (Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amiruddin Shari) terkejut dengan gertakan Azmin (Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) baru-baru ini yang menyatakan Selangor akan bubar pada 19 Jun, takut punya pasal tak boleh isytihar lagi.

Loading...

“Dia (Amiruddin) sangat takut dengan tokoh besar di Selangor. Insya-Allah, tokoh besar ini akan mendepani PRN untuk memastikan PN menang di Selangor,” katanya.

Sumber berita:

Tajuk:

#PMX #Anwar #Selangor #PerikatanNasional #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...