SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai perancangan jelas bagaimana membangunkan ekonomi negara atau menstabilkan nilai matawang ringgit, antara lain.
Kini, negara sedang dilanda pelbagai krisis, termasuk krisis matawang, krisis ekonomi, krisis bekalan bahan makanan dan krisis harga barangan.
Krisis-krisis ini bersempadankan Darurat, khususnya disebabkan ketidaktentuan bekalan makanan asas untuk kelangsungan hidup.
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Bila rakyat berdepan dengan ketidaktentuan sebegini, negara berdepan risiko huru-hara, dan ketenteraman serta keselamatan awam tidak lagi terjamin.
Namun, kerajaan masih belum mengumumkan penubuhan sebarang jawatankuasa tindakan khas atau kerangka kerja pemulihan bagi menangani ketidaktentuan ini.
Di arena antarabangsa, Anwar gagal memberi sebarang jawapan memuaskan kepada semua soalan wartawan berhubung dasar atau perancangan kerajaan, termasuk pendekatan kerajaan untuk merealisasikan ekonomi madani.
Saya tidak hairan, kerana Anwar dilihat lebih berkempen di sana sini semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri dan kurang memberi perhatian terhadap krisis-krisis yang melanda rakyat dan negara.
Ini termasuklah “kempen 9 bulan Anwar” menjelang Pilihan Raya enam negeri, diikuti dengan kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Pulai, dan yang terkini, kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai.
Terkini, Bank Dunia sudah mengumumkan bahawa unjuran ekonomi Malaysia…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
