PMX lemas dalam halusinasi sendiri

“Saya terbuka jika Anwar hendak berdiri bersama saya di atas pentas debat untuk berdebat isu ini, kerana ini akan memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kepada rakyat betapa tajam dan berbisa semburan kata-kata perkauman dan keagamaan oleh pemimpin DAP.” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya sempat menonton satu klip pendek ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kongres PKR malam tadi.

Dalam klip itu, Anwar memuji-muji dan mempertahankan DAP, dan gambaran diberikan bahawa DAP tidak bersifat anti-Islam mahupun anti-Malayu.




Sambil mempertahankan DAP, Anwar sempat juga menuding jari kepada “Haji” dan “Ustaz” yang kononnya memfitnah dan menghina kaum lain.

Walaupun Anwar tidak menyatakan secara spesifik “Haji” atau “Ustaz” mana yang dimaksudkan, dalam konteks perkembangan politik masakini, besar kemungkinan pihak yang dimaksudkan ialah PAS.

Ini berdasarkan rentetan peristiwa membabitkan serangan bertubi-tubi dan fitnah blok kerajaan terhadap PAS sejak tertubuhnya kerajaan di bawah kepimpinan Anwar.

Anwar kemudian memberikan amaran keras sekali lagi bahawa dia tidak akan bertoleransi dalam soal politik perkauman dan keagamaan.

Persoalannya, sejak bila PAS memfitnah dan menghina kaum lain?

Bolehkah Anwar sajikan bukti atau namakan “Haji” atau “Ustaz” yang dimaksudkan berserta kesalahan yang dilakukan?

Hakikatnya, pihak yang paling menimbulkan isu perkauaman dan keagamaan dalam nada anti-Islam dan anti-Melayu bersempadankan Islamophobia sejak tertubuhnya kerajaan ini tak lain tak bukan DAP.

Loading...

Ada banyak contoh yang boleh saya sajikan sebagai bukti kepada Anwar bagi membuktikan dakwaan ini.

Malah, saya terbuka jika Anwar hendak berdiri bersama saya di atas pentas debat untuk berdebat isu ini, kerana ini akan memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kepada rakyat betapa tajam dan berbisa semburan kata-kata perkauman dan keagamaan oleh pemimpin DAP.

Masalah terbesar Anwar ialah ketidakmampuan beliau untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memberi teguran secara konstruktif atau membina demi manfaat bersama.

Ini kerana Anwar sudah lemas dalam halusinasinya sendiri, kononnya beliau amat popular dan diterima majoriti rakyat.

Anwar mungkin berfikir bahawa tindakan “mengugut rakyat jelata” hari demi hari dengan “tindakan tegas” mampu meyakinkan mereka bahawa blok kerajaan “suci bersih” dan blok pembangkang “jahat sejahat jahatnya” dan “suka menghina kaum lain.”

Barangkali Anwar berfikir rakyat di negara ini bodoh dan tidak mampu membezakan antara putih dan hitam.

Namun, Anwar tidak sedar betapa jijiknya majoriti rakyat terhadap politik darjat, kuku besi dan dendam yang diamalkan oleh blok kerajaan dan betapa buruknya imaj Anwar di kalangan mereka.

Masalah terbesar Anwar ialah…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...