PMX DAH MENGAKU, PEGUAM NEGARA KINI WAJAR NASIHATI AGONG REHATKAN ANWAR, AZAM BAKI

“Tindakan Azam Baki menelefon Anwar dan memaklumkan perkembangan siasatan SPRM terhadap menantu Muhyiddin dan tindakan Anwar melayan panggilan itu dan mengajukan soalan lanjut mencadangkan satu subahat…” TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

سوسولن ڤڠاكوان ڤي عيمايك س، ڤڬوام نڬارا واجر نصيحتي اڬوڠ ريحتكن انور، عزم باكي

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pada 19 Jun 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk membabitkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara,.

Menurut Anwar, keperluan ini sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.




TONTON: PMX MENGAKU CAMPURI SIASATAN SPRM, PEGUAM NEGARA KINI WAJIB NASIHATI AGONG REHATKAN ANWAR, AZAM BAKI

Namun, ketika berucap di program Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan 9 Ogos lalu, Anwar mendedahkan bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada SPRM berhubung kes membabitkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Muhammad Adlan Berhan.

Anwar berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,menghubunginya dan memaklumkan bahawa Muhammad Adlan mengingkari janji untuk pulang ke tanah air selepas dibenarkan keluar negara atas urusan tertentu.

Perdana Menteri berkata, ketika panggilan itu dibuat, Azam memberitahu bahawa kes membabitkan Muhammad Adlan adalah ‘kes besar’.

“Tadi perjalanan saya dari Sungai Long ke Cuah, Port Dickson, dapat panggilan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam maklumkan) menantu dia (Muhyiddin) lari, saya kata lari di mana?

“Saya tanya kes ini kes kecil ke kes besar, dia (Azam) kata kes besar. Sudah siasat, dah bagi notis, dah.

“Kemudian (saya tanya) macam mana dia (Muhammad Adlan) boleh keluar negara? Dia (Muhammad Adlan) kata dia nak keluar, dia nak balik (semula ke Malaysia), tapi dia tak balik,” katanya.

Pendedahan ini merupakan pengakuan secara tidak langsung oleh Anwar bahawa Azam Baki, selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM, melaporkan secara terus kepada Perdana Menteri berkenaan perkembangan siasatan SPRM membabitkan kes yang boleh ditafsir sebagai berprofil tinggi.

Loading...

Ini bercanggah dengan peranan SPRM sebagai sebuah pertubuhan bebas sepertimana yang ditegaskan oleh Anwar sendiri dan menimbulkan tanda-tanya samada SPRM di bawah Azam Baki bersubahat atau bersekongkol dengan Perdana Menteri dalam kes berprofil tinggi.

Tindakan Azam Baki menelefon Anwar dan memaklumkan perkembangan siasatan SPRM terhadap menantu Muhyiddin dan tindakan Anwar melayan panggilan itu dan mengajukan soalan lanjut mencadangkan subahat ini, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar dan Muhyiddin merupakan seteru politik dan wujud elemen ‘kepentingan politik’ di pihak Perdana Menteri.

Perkara ini perlu disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Siasatan Khas untuk menilai samada berlaku salah guna kuasa dan kedudukan di pihak Anwar dan Azam Baki, dan untuk itu, kedua-dua Anwar dan Azam Baki harus direhatkan selagi siasatan belum selesai.

Persoalannya, adakah Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia berani menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk merehatkan Anwar dan Azam Baki, berpandukan kepada kuasa, tanggungjawab dan peranan Peguam Negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan?

TONTON: PMX MENGAKU CAMPURI SIASATAN SPRM, PEGUAM NEGARA KINI WAJIB NASIHATI AGONG REHATKAN ANWAR, AZAM BAKI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...