PM usul bubar parlimen minggu depan?

Ismail Sabri boleh sahaja ‘bersetuju’ untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong Rabu depan dan meminta parlimen dibubarkan, namun Seri Paduka Baginda Tuanku tidak semestinya perlu mencetuskan Pilihan Raya Umum. Sumber (gambar): Fail TTF

“Menurut sumber dalaman, perjumpaan sekumpulan menteri dan timbalan menteri di sebuah hotel adalah untuk memastikan, bahawa semua menteri UMNO menyokong usul pembubaran awal parlimen di mesyuarat Kabinet Rabu depan”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤي عيم اصول بوبر ڤرليمين ميڠڬو دڤن؟

Ramai bertanya kepada saya samada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri akan bersetuju dengan Kluster Mahkamah dan menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk membubarkan parlimen.

Saya menjawab bahawa saya tidak mungkin tahu kesudahannya, tetapi menjangkakan bahawa satu atau dua kejutan besar bakal berlaku dalam masa terdekat.




Ini kerana Kluster Mahkamah hendak parlimen dibubarkan secepat mungkin, dan saya jangkakan Ismail Sabri akan ditekan untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong seawal Rabu depan untuk meminta parlimen dibubarkan.

Apakah itu sebabnya sekumpulan menteri dan timbalan menteri UMNO berjumpa semalam?

Menurut sumber dalaman, perjumpaan itu adalah untuk meyakinkan sekumpulan menteri dan timbalan menteri yang kurang bersetuju dengan pembubaran awal parlimen, agar usul tersebut disokong oleh semua menteri UMNO.

Ini untuk memastikan bahawa mesyuarat Kabinet yang membincangkan pembubaran awal parlimen akan mendapat sokongan majoriti.

Adakah Ismail Sabri tertekan untuk mencetuskan pembubaran parlimen?

Nampaknya begitu.

Sebagai syarat menyokong pembubaran awal parlimen, Ismail Sabri boleh sahaja menuntut kepastian daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – mungkin dalam bentuk hitam putih – bahawa dia akan menjadi calon tunggal Perdana Menteri jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Namun, Zahid boleh menolak tuntutan ini dan memberikan kata putus kepada Ismail Sabri – samada secara peribadi atau sebagai wakil Kluster Mahkamah – untuk mencetuskan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

Andai kata Zahid berbuat demikian, dan andai kata Ismail Sabri mengengkari Zahid, Kluster Mahkamah boleh membuat salah satu daripada beberapa perkara, antaranya:

Loading...

1. Memasuki perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan persetujuan bahawa Anwar akan menjadi calon Perdana Menteri dalam tempoh tertentu selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Syaratnya, Pakatan Harapan perlu segera membatalkan MoU bersama kerajaan dan bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

2. Menunggu sehingga 31hb Julai 2022, iaitu tarikh luput MoU, sebelum menarik sokongan terhadap Ismail Sabri bagi menumbangkan kerajaan.

Dalam kedua-dua senario ini, Ismail Sabri tidak akan menjadi calon Perdana Menteri Barisan Nasional.

Namun, Zahid sendiri tertekan, kerana jika Kluster Mahkamah menumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri, Yang Di-Pertuan Agong boleh memilih untuk tidak mencetuskan Pilihan Raya Umum, dan sebaliknya, menubuhkan Mageran.

Atas sebab itulah Kluster Mahkamah terdesak untuk memastikan bahawa mesyuarat Kabinet yang membincangkan pembubaran awal parlimen akan mendapat sokongan semua menteri UMNO.

Saya difahamkan, ini bagi meningkatkan tekanan terhadap Ismail Sabri untuk mencetuskan pembubaran parlimen dan meningkatkan kemungkinan diadakan Pilihan Raya Umum.

Barangkali itulah sebabnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘program’ mengejut di Pulau Pinang dan mengerahkan sekumpulan individu untuk ‘menyambut’ kedatangan beliau.

Pada pendapat saya, ini adalah propaganda untuk meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong bahawa Pilihan Raya Umum perlu diadakan segera, kerana Barisan Nasional ‘terlalu kuat’ sehingga mampu ‘menjinakkan’ DAP di Pulau Pinang.

Siapakah calon Perdana Menteri Kluster Mahkamah?

Menurut sumber, Kluster Mahkamah mahukan samada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi calon perdana menteri.

Disebabkan itu, Zahid tidak mampu memberikan sebarang kepastian kepada Ismail Sabri bagi jawatan berkenaan.

Adakah Ismail Sabri mempunyai pilihan lain?

Ismail Sabri boleh sahaja ‘bersetuju’ untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan dan meminta parlimen dibubarkan, namun, Seri Paduka Baginda Tuanku tidak semestinya perlu mencetuskan Pilihan Raya Umum.

Sebaliknya, Yang Di-Pertuan Agong boleh memilih untuk menubuhkan Mageran selepas membubarkan parlimen atau menolak nasihat Perdana Menteri dan mengisytiharkan Darurat Politik.

Banyak lagi pilihan yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong, dan saya jangkakan Kluster Mahkamah kini berada dalam keadaan cemas, kerana apa sahaja boleh terjadi sekiranya Seri Paduka Baginda Tuanku tidak bersetuju Pilihan Raya Umum diadakan dalam masa terdekat.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...