PKR pusat mengalah, bersetuju Azmin rasmi Kongres Tahunan AMK

Baru Bian mengugut untuk batalkan konvensyen peringkat negeri di Sarawak yang dijadual berlangsung di Miri pada 23hb November ini jika isu jemputan terhadap Azmin itu tidak diselesaikan. Sumber (gambar): Fail TTF

Angkatan Muda KEADILAN akhirnya mengalah dan bersetuju membenarkan Dato’ Seri Azmin Ali merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 pada 5hb Disember 2019.

Menurut satu kenyataan lewat malam semalam oleh Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Ilham Idham, keputusan tersebut dicapai setelah mendengar pandangan daripada majoriti pimpinan AMK Pusat & Cabang daripada seluruh negara yang dipilih dalam Pemilihan KEADILAN 2018.

Jumaat lalu, Baru Bian memberi kata dua kepada kepimpinan pusat berhubung pembatalan jemputan kepada timbalan presiden Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Tahunan tersebut.

Menurut berita, Bian mengugut untuk batalkan konvensyen peringkat negeri di Sarawak yang dijadual berlangsung di Miri pada 23hb November ini jika isu jemputan terhadap Azmin itu tidak diselesaikan.


SUBANG JAYA: Angkatan Muda KEADILAN akhirnya mengalah dan bersetuju membenarkan Dato’ Seri Azmin Ali merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 pada 5hb Disember 2019.

Menurut satu kenyataan lewat malam semalam oleh Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Ilham Idham, keputusan tersebut dicapai setelah mendengar pandangan daripada majoriti pimpinan AMK Pusat & Cabang daripada seluruh negara yang dipilih dalam Pemilihan KEADILAN 2018.




Semalam, seramai 32 pemimpin PRK Sarawak terdiri dari empat ahli parlimen, 18 ketua cabang dan 10 ahli lembaga kepimpinan negeri melangsungkan sidang media, mencabar kepimpinan pusat mengambil tindakan susulan keputusan PKR Sarawak membatalkan rancangan mengadakan Kongres AMK di peringkat negeri.

Sidang tersebut turut diberitahu bahawa PKR Sarawak menyokong penuh kepimpinan Baru Bian, sekaligus menandakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak lagi memiliki sokongan majoriti di peringkat nasional mahupun negeri kerana sanggup ubah pendirian setelah dicabar oleh kumpulan Bian yang jelas menyokong Azmin.

Sebelum ini, PKR Sarawak mengugut terus kepimpinan pusat dengan memberi kata dua berhubung pembatalan jemputan kepada Azmin untuk merasmikan Kongres Tahunan tersebut.

Menurut berita, Bian mengugut untuk batalkan konvensyen peringkat negeri di Sarawak yang dijadual berlangsung di Miri pada 23hb November ini jika isu jemputan terhadap Azmin tidak diselesaikan.

Ilham memberi alasan keputusan AMK berniat kekalkan muafakat dan solidariti dengan kepimpinan MPN Sarawak “yang tuntas mempertahankan idealisme dan prinsip perjuangan KEADILAN yang luhur.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...