
Khairuddin Abu Hassan
ڤقر ڤون تق بوليه كاول، انور نق لتق شرط كت محضير كونونء
Siapa Anwar Ibrahim yang penuh dengan agenda penipuan serta pendustaan hendak letak syarat pada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mahu bergabung dengan PH?
Dua puluh tahun lebih Anwar Ibrahim memimpin pembangkang tetapi telah gagal untuk menawan Putrajaya.
Hanya selepas pembangkang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Anwar Ibrahim masih merengkok dalam penjara sg buloh; PH berjaya ambil-alih kerajaan.
Hidup Anwar Ibrahim penuh dengan penipuan serta pendustaan semata-mata!! Sudah berpuluh kali menipu keseluruhan rakyat bahawa dia mempunyai cukup jumlah sokongan ahli-ahli parlimen untuk calon perdana menteri.
Tapi malangnya lihat saja segalanya terbukti sebagai tidak berasas sama sekali.
Anwar Ibrahim tak perlu bercakap mengenai kepimpinan buat masa ini kerana lebih baik dia tumpu dengan kes-kes mahkamahnya termasuk kes sodomi yang akan disebut pada bulan januari 2021 kelak.
Dia membawa imej homoseksual yang ditegah keras oleh agama Islam. Hakikatnya, Anwar Ibrahim harus bersihkan namanya terlebih dahulu dari imej homoseksual.
Semua mangsa-mangsa liwat Anwar Ibrahim mencabar dan mencerca dia setiap hari tetapi sehingga kini presiden PKR yang sewel ini tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas mereka?
Mengapa bila semua orang tuduh Anwar Ibrahim ‘kaki liwat’ dia tak berani memberi sebarang reaksi atau mengheret kalangan tersebut ke mahkamah atau ambil tindakan undang-undang?
Orang-orang melayu sudah tidak percaya pada Anwar Ibrahim lagi.
Ramai orang-orang melayu sudah yakin bahawa Anwar Ibrahim berperangai sedemikian rupa.
Manusia yang Nabi tak mengaku umat hukumnya haram untuk kita lantik sebagai ‘khalifah’ utama bagi memimpin ummah.
Sebab itu saya sering katakan masalah Anwar Ibrahim bukan hal politik tetapi ianya persoalan hukum-hakam agama.
YB Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Amanah harus memahami permasalahan Anwar Ibrahim ini.
Kepentingan politik tidak boleh berada di atas kepentingan agama.
Kita tidak boleh bersekongkol serta bersubahat dengan pemimpin ‘fasiq’ dan ‘hipokrit’ seperti Anwar Ibrahim!
Sesungguhnya juga, Anwar Ibrahim tidak perlu membuat sebarang teguran pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah berjasa membawa PH jadi kerajaan selama 18 bulan.
Presiden PKR ini tidak mempunyai sebarang ‘stature’ untuk meletakkan syarat pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah terbukti effektif memimpin pembangkang.
Tolong cerminkan diri dulu sebelum Anwar Ibrahim hendak tunjuk hebat.
Parti PKR pun Anwar Ibrahim tak boleh tadbir ini kan pula dia mahu mentadbir negara.
Selagi Anwar Ibrahim ‘manusia sewel’ berada dalam pesada politik negara maka selagi itulah lanskap politik tanahair akan jadi huru-hara.
Cara yang terbaik untuk mengamankan lanskap politik Malaysia ialah dengan ‘nyahkan’ Anwar Ibrahim dari pesada politik tanahair buat selamanya.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
