PKR, GERAKAN sah tersenarai di laman rasmi Liberal International berdasarkan carian Google

“Sebenarnya, Fahmi Fadzil sendiri mencetuskan syak di media sosial setelah menafikan keahlian PKR di Liberal International…” SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International Organization.

Menurut Fahmi, ada percubaan terancang oleh pihak yang tidak dinamakan untuk mengaitkan PKR dengan pertubuhan antarabangsa itu.




“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, tahukah anda bahawa PKR tersenarai di laman web rasmi Liberal International Organization?

SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI

Pada awalnya, saya tidak mengambil kisah isu keahlian PKR di Liberal International Organization.

Namun, bila Fahmi  menafikannya dan menuding jari kepada pihak yang tidak dinamakan, saya mula membuat pencarian dan pasti ramai orang turut melakukan perkara yang sama.

Saya terkejut apabila logo PKR dan Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN) terpapar di senarai ahli laman Liberal International sebagai “observer members” (ahli pemerhati).

Nama Wan Azizah turut terpapar pada jadual agenda mesyuarat di Zurich (2015) sebagai seorang yang menyampaikan ucapan bertajuk “Liberalism in Authoritarian State.”

Loading...

SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...