PKR Bera: Lembaga Disiplin perlu tarik balik pemecatan Zakaria

Semalam, pihak SPRM mengumumkan kes terhadap Zakaria selesai siasatan dan memutuskan tiada pendakwaan keatasnya. Sumber (gambar): Fail TTF 

PKR Cabang Bera hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan Lembaga Disiplin parti memecat ketua cawangan Zakaria Abdul Hamid bersama Ismail Dulhadi pada Ahad lepas tanpa memanggil kedua-dua tertuduh membela diri.

Menyifatkan tindakan Lembaga Disiplin parti sebagai “tergopoh gapah,” cawangan berkenaan, menerusi kenyataan media, mendakwa kes tersebut adalah fitnah musim pemilihan parti yang direkacipta oleh musuh-musuh politik Zakaria untuk membunuh karier politik beliau.

“Seluruh anggota dan AJK Cabang mengingatkan pimpinan tertinggi parti supaya jangan terkhilaf lagi dalam melaksanakan agenda keadilan dan reformasi yang sedang kita pelopori,” menurut kenyataan itu.


SUBANG JAYA: PKR Cabang Bera hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan Lembaga Disiplin parti memecat ketua cawangan Zakaria Abdul Hamid bersama Ismail Dulhadi pada Ahad lepas tanpa memanggil kedua-dua tertuduh membela diri.

Semalam, pihak SPRM mengumumkan kes terhadap mereka selesai siasatan dan memutuskan tiada pendakwaan keatas mereka.




Menyifatkan tindakan Lembaga Disiplin parti sebagai “tergopoh gapah,” cawangan berkenaan, menerusi kenyataan media, mendakwa kes tersebut adalah fitnah musim pemilihan parti yang direkacipta oleh musuh-musuh politik Zakaria untuk membunuh karier politik beliau.

“Cabang Bera mendesak Lembaga Disiplin parti menarik balik dengan serta-merta pemecatan keatas dua anggota Cabang kami tersebut kerana tindakan maksima iaitu pemecatan anggota yang dibuat itu ternyata terkhilaf, tersasar tanpa keadilan hakiki.

“Kami juga menuntut pihak yang melakukan fitnah memohon maaf secara terbuka kerana merosakkan imej Cabang Bera dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan melalui lunas undang-undang yang dibenarkan.

“Seluruh anggota dan AJK Cabang mengingatkan pimpinan tertinggi parti supaya jangan terkhilaf lagi dalam melaksanakan agenda keadilan dan reformasi yang sedang kita pelopori,” menurut kenyataan itu.

TTF difahmkan bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Setiausaha Cabang Dahalan Ismail bersama dua Naib Ketua Cabang, Mohd Shakri Othman dan S Saravanan.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...