Pilihan Raya Sabah: Hadi cuba selindung rasa marah pemimpin PAS terhadap UMNO

Sebelum ini, PAS menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang Barisan Nasional yang sejajar dengan hasrat Team A UMNO dari awal lagi. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤيليهن راي سابه: هادي چوبا سليندوڠ راس ماره ڤميمڤين ڤاس ترهادڤ امنو

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.

Kenyataan ini dilihat sebagai percubaan menangkis dakwaan UMNO menyumpit PAS di Sabah apabila tidak memberi kerusi untuk ditandingi oleh calon-calon PAS di Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

Walaubagaimanapun, kenyataan Hadi bercanggah terus dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, yang mendakwa PAS tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN semalam.

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.

Nyata PAS sudah terkena getah tetapi tidak berani mengakuinya.


PETALING JAYA: Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.

Kenyataan ini dilihat sebagai percubaan menangkis dakwaan UMNO menyumpit PAS di Sabah apabila tidak memberi kerusi untuk ditandingi oleh calon-calon PAS di Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.




“PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

“Dalam hal ini, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang,” dakwa Hadi.

Walaubagaimanapun, kenyataan Hadi bercanggah terus dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, yang mendakwa PAS tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN semalam.

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.

Perkara ini disahkan oleh sumber dalaman PAS yang memberitahu TTF ramai di kalangan pemimpin PAS pusat tidak berpuas hati dengan UMNO.

Sebelum ini, PAS menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang Barisan Nasional yang sejajar dengan hasrat Team A UMNO dari awal lagi.

Semalam, TTF menulis:

Loading...

Najib dan Zahid sebenarnya tidak pernah dan tidak akan adakan perbincangan dengan PAS untuk mendaftarkan Muafakat Nasional kerana misi asal mereka adalah untuk menamakan Najib sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut perancangan asal, seandainya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-15 dengan bantuan PAS, Najib akan diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8 dan Zahid pula akan bergelar timbalannya sehingga satu tempoh tertentu di mana Zahid akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sebab itulah Zahid tidak sekali-kali akan bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional.

Nyata PAS sudah terkena getah tetapi tidak berani mengakuinya.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

PAS akhirnya terkena sumpitan UMNO di Sabah

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...