Pertuduhan hasutan: Tujuh peguam wakili Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

TONTON JUGA: PAU 2024 – UMNO nampak keliru, camas, hilang arah

BEBAS NEWS: Tujuh peguam akan mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok, kata Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Beliau berkata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan antara barisan peguam selain peguam peribadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan peguam daripada parti.

Muhyiddin yang jug Presiden Bersatu akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok, susulan ceramahnya berkait raja, agama dan kaum (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


KOTA BHARU: Tujuh peguam akan mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok, kata Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Beliau berkata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan antara barisan peguam selain peguam peribadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan peguam daripada parti.




“Kita akan sediakan barisan peguam untuk membela Tan Sri (Muhyiddin), peguam yang ada tujuh, tapi mungkin tambah lagi kerana kadang-kadang kita perlukan pakar dalam hak asasi.

“Takiyuddin antara barisan peguam dan Tan Sri pun ada peguam peribadi termasuk (peguam) parti sama ada Bersatu dan PN, jadi bergabung. Peguam mana yang akan mengetuai nanti bergantung kepada Tan Sri, esok dengar bacaan sahaja (didakwa), bukan bicara lagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhyiddin yang jug Presiden Bersatu akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok, susulan ceramahnya berkait raja, agama dan kaum (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berikutan itu pada 19 Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Pengerusi PN berkenaan yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas Perdana Menteri itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Kamaruddin berkata, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin baru-baru ini merujuk kepada kejadian yang berlaku terhadapnya serta parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berasakan dirinya teraniaya.

Loading...

“Seseorang yang dituduh sudah pasti mempunyai hak untuk membela diri dan kena pertuduhan belum tentu salah, hanya hakim yang dapat tentukan,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...