Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu – Negeri-negeri Melayu Bersekutu alaf baharu

TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

1.     Pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi empat negeri Perikatan Nasional (PN) adalah langkah perlu dan tepat ke arah pemerkasaan identiti Malaysia sebagai Tanah Melayu

2.  Ketika kempen PRN enam negeri dan PRK Pulai, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri menabur pelbagai janji berbekalkan syarat rakyat wajib mengundi calon Pakatan Harapan (PH).




3.  Tawaran ‘rasuah’ secara terbuka ini membuktikan kerajaan pusat gandingan PH dan BN tidak boleh diharap untuk membantu empat negeri di bawah PN

4.  Kerajaan pusat gandingan PH dan BN turut mengekang perjuangan agama dan bangsa secara haram

TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

5.  Ini jelas apabila sebarang diskusi membabitkan 3R dilarang sama sekali, walaupun ‘undang-undang 3R’ tidak wujud dan tidak pernah wujud

6.  Ianya turut melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara

7. Disebabkan sikap luar tabii kerajaan pusat, empat negeri di bawah PN terpaksa berganding bahu dan bergerak bersama.

8.  Ini dilakukan agar segala aspek pentadbiran, pelaburan, perniagaan dan pembangunan dapat diteliti, dirancang dan dilaksanakan bersama.

9. Paling penting, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara dan dijamin di keempat-empat negeri PM.

Loading...

10. Ini berbeza dengan kerajaan pusat, yang dilihat ‘hilang pedoman’ dan tersasar jauh dari landasan perundangan dan perlembagaan

11. Secara efektif, PN telah mewujudkan ‘negeri-negeri Melayu bersekutu’ bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam

12.  Pentadbiran bersama negeri-negeri ini menjiwai dan mewakili identiti sebenar Malaysia sebagai Tanah Melayu

13.  Ini berbeza dengan pentadbiran negeri-negeri lain di Semenanjung yang bertunjangkan kepimpinan berbilang bangsa.

14.  Kepimpinan berbilang bangsa ini tidak mengiktiraf status berperlembagaan Malaysia sebagai ‘Tanah Melayu’

15. Ini terbukti apabila Tun Mahathir dikritik, dikecam dan disiasat ketika beliau cuba memperjuangkan identiti Malaysia sebagai Tanah Melayu…

16.  …berbekalkan alasan kononnya beliau melanggar ‘larangan 3R’ yang sememangnya tiada asas perundangan…

BERSAMBUNG DI SINI (KLIK DI SINI)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...