Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah melihatkan WARISAN memenangi kerusi dalam bilangan yang terbesar manakala UMNO dan PPBM masing-masing memenangi 14 kerusi dan 11 kerusi sahaja. Sumber (gambar): Fail TTF
ڤرڬولكن د سابه، ڬابوڠن رعيت سابه ماكين كورڠ ستابيل
Kegagalan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat berhubung pencalonan Ketua Menteri Sabah dijangka akan menjurus kepada perpecahan teruk dalan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Disebabkan STAR dan PBS masing-masing menyumbang 6 dan 7 kerusi, GRS akhirnya berjaya meraih majoriti dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah dan dibenarkan membentuk kerajaan negeri.
Kalau diikutkan kelaziman Barisan Nasional, parti komponen dengan majoriti terbesar (PN) berhak menentukan siapa calon Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri.
Malangnya, UMNO tiba-tiba mengenepikan adatnya sendiri dan bertegas ingin sekutu Datuk Seri Najib Tun Razak, Bung Moktar, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Keadaan ini menyebabkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti-parti Sabah mengadakan perbincangan di beberapa buah lokasi.
PETALING JAYA: Kegagalan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat berhubung pencalonan Ketua Menteri Sabah dijangka akan menjurus kepada perpecahan teruk dalan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Perikatan Nasional, yang mendahului Barisan Nasional sebanyak 3 kerusi, bertegas ingin Datuk Seri Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri.
Manakala itu, UMNO berdegil ingin jadikan Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang turut merupakan pengerusi Barisan Nasional Sabah, sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Kesemua ini menjurus kepada perselisihan yang amat teruk antara pemimpin-pemimpin UMNO, STAR dan PPBM sejak awal pagi tadi tanpa sebarang kata sepakat dicapai sehingga kini.
Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah melihatkan WARISAN memenangi kerusi dalam bilangan yang paling banyak (29 kerusi) manakala UMNO dan PPBM masing-masing memenangi 14 dan 11 kerusi sahaja.
Biarpun begitu, GRS berjaya memenangi majoriti mudah hasil ehsan PBS dan STAR yang merupakan parti-parti komponen gabungan itu.
Disebabkan STAR dan PBS masing-masing menyumbang 6 dan 7 kerusi, GRS akhirnya berjaya meraih majoriti dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah dan dibenarkan membentuk kerajaan negeri.
Kalau diikutkan kelaziman Barisan Nasional, parti komponen dengan majoriti terbesar berhak menentukan siapa calon Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri.
Oleh kerana STAR merupakan parti komponen Perikatan Nasional, maka gabungan itu secara otomatik menjadi parti terbesar dalam GRS dari segi perolehan kerusi.
Malangnya, UMNO tiba-tiba mengenepikan adatnya sendiri dan bertegas ingin sekutu Datuk Seri Najib Tun Razak, Bung Moktar, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Menurut sumber dalaman, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti-parti Sabah sedang mengadakan perbincangan di beberapa buah lokasi.
Saya difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan sikap UMNO dan PPBM yang dilihat sebagai masalah besar kepada kestabilan politik Sabah
Ada juga yang tidak berpuas hati sebab parti-parti semenanjung itu meminggirkan terus STAR walaupun kemenangan GRS di Sabah tidak mungkin tanpa bantuan parti tempatan.
RJ RITHAUDEEN
WAJIB BACA:
Analisis: Anwar, UMNO, PKR sah hangus di Sabah (Bahagian Satu)
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
