“…adakah Anwar betul-betul pasti tidak akan ada ahli parlimen GPS yang bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan tanpa restu GPS atau Abang Johari?” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Baru-baru ini, saya menulis:
…Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa empat Ahli Parlimen BERSATU yang beralih sokongan kepada kerajaan berbuat demikian “selepas mereka melihat sendiri apa yang berlaku (di kem pembangkang).”
Menurut Anwar, tindakan mereka dibuat atas kerelaan sendiri, selepas masing-masing hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti.
Ini bermakna, Anwar faham tindakan ahli parlimen berkenaan berperlembagaan dan tidak melanggar undang-undang.
Namun, ketika mengulas ura-ura yang bertiup kencang bahawa sejumlah ahli parlimen kerajaan bakal beralih sokongan kepada pembangkang, Anwar berkata:
“…dalam hukum adat, hukum politik sekarang itu igauan, sekarang saya tidak pedulikan itu…”
“Hukum adat” dan “hukum politik” apakah yang dimaksudkan Anwar, dan bagaimanakah hukum-hukum ini berbeza dalam kes MP kerajaan berbanding MP pembangkang?
Apakah ada hukum-hukum berbeza untuk MP kerajaan dan MP pembangkang?
Apabila MP Bersatu beralih sokongan kepada kerajaan, beberapa pemimpin blok kerajaan, seorang bekas menteri dan sebuah portal pro-kerajaan secara langsung dan tidak langsung mengesahkan apa yang saya dan seorang peguam memberitahu selama ini, iaitu:
“Mana-mana MP yang mengubah status sokongan kepada Perdana Menteri tanpa keluar parti secara sukarela tidak perlu kosongkan kerusi di Dewan Rakyat, sekalipun perlembagaan parti dipinda untuk diselaraskan dengan Akta Anti-Lompat Parti.”
Sebenarnya, perkara yang berkait dengan sokongan terhadap perdana menteri dan pelantikan perdana menteri dalam Perlembagaan Persekutuan adalah:
1. buta parti, dan
2. tidak pernah dipinda untuk dikaitkan dengan akta anti-lompat parti
Ini bermakna, akta anti-lompat parti tidak boleh merampas hak berperlembagaan ahli parlimen untuk menentukan, secara sukarela dan peribadi pada bila-bila masa, tanpa terikat pada dasar parti, status sokongan mereka kepada Perdana Menteri.
Sekalipun keanggotaan seorang ahli parlimen tergugur dari parti kerana sokong atau tidak sokong perdana menteri, dia tidak dikira lompat parti dan tidak perlu mengosongkan kerusi di Dewan Rakyat.
Justeru, kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan oleh ahli parlimen dan bukannya parti politik (atau sokongan parti secara ‘en bloc’), sepertimana yang diwar-warkan oleh laskar siber pro kerajaan di media sosial selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini terbukti apabila lima ahli parlimen Bersatu mengisytiharkan sokong Anwar walaupun dasar Bersatu adalah untuk terus duduk sebagai pembangkang.
Disebabkan ahli-ahli parlimen ini tidak mengisytiharkan keluar Bersatu, mereka tidak boleh dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Rakyat sekalipun Bersatu bertindak memecat mereka selepas ini.
Saya hendak tanya Anwar, jika ahli-ahli parlimen Bersatu boleh langar dasar parti dan sokong kerajaan, bukankah ahli-ahli parlimen kerajaan boleh langar dasar parti dan sokong pembangkang?
Semalam, Anwar mendakwa Abang Johari mengulangi komitmen GPS untuk sokong terus kerajaan persekutuan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16.
Persoalannya, adakah Anwar pasti tidak akan ada ahli parlimen GPS yang bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan tanpa restu GPS atau Abang Johari?
Adakah Anwar betul-betul pasti tidak akan ada ahli parlimen Barisan Nasional yang bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan tanpa restu Barisan Nasional atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi?
Sebenarnya, saya tidak mempercayai sepatah kata pun yang keluar dariapda mulut Anwar kerana Anwar terlalu kuat berbohong.
Percayalah, Anwar tengah cemas, dan…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
