PERATUS KELUAR UNDI TERLALU RENDAH, PRN JOHOR PEMBAZIRAN DANA RAKYAT

“Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa penganalisa, ramai berpendapat bahawa mereka yang tidak keluar mengundi muak dengan pencaturan tahap gila parti-parti politik kerajaan dan sedang menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 untuk melakukan perubahan”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤراتوس كلوار اوندي ترلالو رنده، ڤرن جوهر ڬاڬل دان ممباذير دانا رعيت

Menurut laporan Malaysiakini, jika kadar yang keluar mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini di sekitar 60 peratus, ia bermakna hampir 1.5 juta daripada 2,597,742 orang yang layak mengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Ini bermakna, bilangan sebenar pengundi di PRN kali ini akan hampir sama dengan mereka yang mengundi ketika PRU 2018, iaitu sekitar 1.5 juta orang.




Namun, dari sudut analisa dan statistik, adalah wajib untuk membandingkan keputusan PRN kali ini dengan keputusan PRU14 di Johor berpandukan peratus yang keluar mengundi, bukannya bilangan sebenar yang mengundi.

Justeru, memandangkan peratus yang keluar mengundi di PRN kali ini terlalu rendah, satu perbandingan yang tepat dan bermakna tidak dapat dilaksanakan, dan timbul persoalan samada berlaku boikot pengundi atau jika ramai takut keluar mengundi disebabkan angka kes Covid-19 menggila.

Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa penganalisa, ramai berpendapat bahawa mereka yang tidak keluar mengundi muak dengan pencaturan tahap gila parti-parti politik kerajaan dan sedang menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 untuk melakukan perubahan.

Sebelum ini, saya pernah memberitahu bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan mungkin sengaja mengumumkan keputusan Barisan Nasional untuk mendesak diadakan Pilihan Raya Umum awal tidak kira apa keputusan PRN Johor.

Kenyataan ini sudah pasti mempengaruhi pengundi yang muak dengan Barisan Nasional untuk tidak keluar mengundi.

Sudah pasti pengundi-pengundi ini, khususnya, mereka yang tinggal di luar Johor, akan menumpu kepada PRU15 berbanding PRN untuk elak balik ke Johor dua kali dalam tempoh tiga hingga empat bulan untuk membuang undi.

Apa pun, penurunan mendadak peratusan yang keluar mengundi kali ini berbanding PRU14 bermakna Barisan Nasional telah membuang masa rakyat dan membazirkan dana rakyat.

Loading...

Ini memandangkan PRN kali ini tidak sepatutnya diadakan tetapi dicetus juga atas alasan kononnya Barisan Nasional memerlukan majoriti kukuh untuk mentadbir Johor.

Namun, disebabkan peratus yang keluar mengundi terlalu rendah, kerajaan yang bakal terbentuk mungkin sah dari sudut perlembagaan tetapi tidak sah dari sudut moral dan berkemungkinan tinggi ditolak oleh majoriti besar pengundi Johor.

Ikuti penjelasan lanjut menerusi video di bawah ini:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...