PENUBUHAN TIGA JAWATANKUASA KABINET OLEH ISMAIL SABRI MENCAMPURI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Petang ini, Sabtu 09.10.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib” telah memetik Perdana Menteri ISMAIL SABRI YAAKOB berkata antara lain :




“Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam.

Menurutnya, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu katanya, jemaah menteri juga bersetuju agar semakan semula undang-undang dibuat berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali.

Loading...

Di samping itu, Ismail berkata kabinet turut bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan diambil terhadap dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness

“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,”katanya.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/594751)

2. Pada hakikatnya ketiga-tiga isu yang terbabit dalam penubuhan tTIGA (3) JAWATANKUASA berasingan itu adalah melibatkan isu KEDAULATAN UNDANG-UNDANG yang menjadi tanggungjawab dan bidangkuasa pihak-pihak berkuasa berkaitan untuk kendalikan dengan teratur, efisen, adil dan saksama, tanpa penglibatan politik, yang boleh mencemarkan nilai keputusan yang perlu di dalam ketiga-tiga isu terbabit, iaitu :

a. Kes Allahyarham MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM,

b. Kes pertikaian ICJ berkenaan PULAU BATU PUTEH/PEDRA BRANCA, dan

c. Kes MEMOIR TOMMY THOMAS.

3. Video berdurasi 10:07 yang dimuat naik di Ruang Bawah mengandungi pandangan perundangan saya berkaitan penubuhan ketiga-tiga JAWATANKUASA KABINET berkenaan dan kesannya kepada konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG terbabit, untuk kefahaman kesemua Rakyat yang prihatin.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...