Penjelasan Tengku Zafrul pelik, tindakan Timbalan Speaker lagi pelik

Menurut laporan, Rayer mempersoal mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disenarai hitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sumber (gambar): Fail TTF

ڤنجلسن تڠكو زفرول ڤليق، تيندقن تيمبالن سڤيكر لاڬي ڤليق

Semalam, media melaporkan bahawa ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer, diarahkan keluar sidang Dewan Rakyat, kononnya kerana beliau mengganggu penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurut laporan, Rayer mempersoal mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disenarai hitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, Zafrul menjawab bahawa ia adalah keputusan Mahkamah untuk membenarkan Najib ke Singapura.

Bukankah itu jawapan yang jelas merupakan percubaan untuk mengaburi mata rakyat dan ahli-ahli parlimen?

Rayer dengan tepat menegaskan yang beliau tidak merujuk kepada keputusan mahkamah, kerana kerajaan turut berhak menyenaraihitamkan seseorang di lapangan terbang, lebih-lebih lagi jika orang berkenaan merupakan penjenayah yang mungkin melarikan diri.


KUALA LUMPUR: Semalam, media melaporkan bahawa ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer, diarahkan keluar sidang Dewan Rakyat, kononnya kerana beliau mengganggu penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurut laporan, Rayer mempersoal mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disenarai hitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).




“Mengenai langkah blacklist (senarai hitam) orang yang tidak membayar cukai. Kenapa Pekan (Najib) diberi layanan istimewa?

“Sampai boleh ke Singapura? Kenapa dia tidak disenaraihitamkan,” soalnya.

Bagaimanapun, Zafrul menjawab bahawa ia adalah keputusan Mahkamah untuk membenarkan Najib ke Singapura.

Bukankah itu jelas merupakan percubaan untuk mengaburi mata rakyat dan ahli-ahli parlimen?

BACA JUGA: PAS JAUH TERPESONG

Rayer dengan tepat menegaskan yang beliau tidak merujuk kepada keputusan mahkamah, kerana kerajaan berhak menyenaraihitamkan seseorang di lapangan terbang, lebih-lebih lagi jika orang berkenaan gagal membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Banyak rakan-rakan saya yang merupakan peguam pernah disenaraihitamkan di lapangan terbang antarabangsa ataupun mana-mana tempat untuk keluar negara.

“Kenapa Pekan tidak disenaraihitamkan,” soal Rayer.

Loading...

Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis ketika itu kemudian mengarahkan Rayer keluar Dewan Rakyat selama 20 minit.

Bukankah pelik tindakan Mohd Rashid, sedangkan persoalan yang ditimbulkan oleh Rayer adalah persoalan sah yang seharusnya dijawab secara ikhlas oleh Tengku Zafrul?

Ini menimbulkan persoalan samada transformasi Parlimen yang diharapkan melalui perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan dan kerajaan adalah retorik semata-mata.

Anwar pula tidak dilihat membantah tindakan Mohd Rashid secara rasmi apabila Rayer diarah keluar Dewan biarpun Anwar merupakan “Ketua Pembangkang bertaraf menteri.”

Jadi perlukah Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang?

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

ANALISIS PRN MELAKA: BOIKOT PENGUNDI BERI KELEBIHAN TIPIS PADA BN DI 12 KERUSI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...