‘Penjelasan Saifuddin Nasution berhubung isu peralihan kuasa tidak berfakta, bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan’ – Haniff Khatri

“Kita tidak boleh ada sesiapa pun dilantik atas persetujuan seorang Perdana Menteri yang telah hilang majoriti” – Haniff Khatri. Sumber (gambar): TTF

ءڤنجلسن صيفالدين نساوتياون برهوبوڠ ايسو ڤراليهن كواس برچڠڬه دڠن ڤرونتوكن ڤرلمباڬان ڤرسكوتوانء

Dakwaan Saifuddin Nasution kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah dari segi fakta dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Demikian menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang berkata, mana-mana perjanjian atau persefahaman akan menjadi tidak sah seandainya ia memungkiri peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Sehari sebelum Tun Mahathir meletakkan jawatan pada 24hb Febuari 2020, apabila wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan daripada parti Bersatu (puak Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan PKR (puak Azmin Ali) keluar daripada menyokong Pakatan Harapan, sokongan majoriti kepada Tun jatuh.

“Dan apabila jatuhnya sokongan majoriti kepada Tun, Tun dan mana-mana pihak lain tidak boleh paksa mana-mana perjanjian atau persefahaman untuk dipatuhi, seandainya perjanjian atau persefahaman itu memungkiri peruntukan Perlembagaan Perkara 43 Fasal 4.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Beliau (Saifuddin) merujuk kepada apa yang berlaku pada masa Sheraton Move dan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24hb Febuari 2020.

“Pertamanya, walaupun Saifuddin Nasution merujuk kepada perjanjian ataupun persefahaman peralihan kuasa di antara PKR atau Anwar Ibrahim dan pihak lain dalam Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir, mana-mana perjanjian tidak boleh lari daripada peruntukan perlembagaan.

“Ianya tidak boleh bercanggah dengan peruntukan perlembagaan. Maksudnya, sekiranya menurut perlembagaan, berlaku sesuatu perkara di mana perlembagaan memperuntukkan bahawa Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan tanpa pilihan, maka apa-apa perjanjian atau persefahaman menjadi luput.

“Itu pokoknya.”

TONTON: PENGHUJUNG JALAN BUAT MUHYIDDIN, ANWAR, KLUSTER MAHKAMAH

Menurut Haniff, Perkara 43 Fasal 4 jelas memperincikan, bahawa apabila seorang Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, maka melainkan atas permintaannya, Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen, perdana menteri itu dan Jemaah menteri hendaklah meletakkan jawatan.

“Sehari sebelum Tun Mahathir meletakkan jawatan pada 24hb Febuari 2020, apabila wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan daripada parti Bersatu (puak Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan PKR (puak Azmin Ali) keluar daripada menyokong Pakatan Harapan, sokongan majoriti kepada Tun jatuh.

“Dan apabila jatuhnya sokongan majoriti kepada Tun, Tun dan mana-mana pihak lain tidak boleh paksa mana-mana perjanjian atau persefahaman untuk dipatuhi, seandainya perjanjian atau persefahaman itu memungkiri peruntukan Perlembagaan Perkara 43 Fasal 4.

Loading...

“Maka untuk mengatakan bahawa Tun memungkiri janji bukan sahaja salah dari segi fakta, ia berlanggaran dengan undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh ada sesiapa pun dilantik atas persetujuan seorang Perdana Menteri yang telah hilang majoriti. Sebab kalau dah hilang majoriti, apa perjanjian sekalipun menjadi tidak sah lagi.”

THE THIRD FORCE

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...