Penjelasan Rafizi salah – Anwar ulangi janji turunkan harga minyak empat bulan sebelum PRU15

“Dalam satu sidang media selepas tamat Kongres Nasional PKR empat bulan sebelum PRU15, Anwar mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤنجلسن رافيزي ساله – انور اولڠي جنجي تورونكن هرڬ ميڽق امڤت بولن سبلوم ڤرو15

拉菲兹对错误的解释——安华在第十五届大选前四个月再次承诺降低油价

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Rafizi Ramli hari ini mendakwa, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji (pada 2008) untuk menurunkan harga petrol jika dilantik sebagai Perdana Menteri, kerajaan pada ketika itu berada dalam kedudukan fiskal yang baik dan mampu memberi subsidi minyak.

Menurutnya, keadaan sekarang berbeza dengan hutang kerajaan meningkat tiga kali ganda.




“Hutang (ketika itu) masih boleh ditangani, pendapatan kerajaan masih lagi boleh tanggung subsidi minyak.

“Jadi itu yang Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, untuk kita bantu kesusahan rakyat segera, kalau menang sahaja PRU2008, harga minyak turun serta-merta,” kata Rafizi pada majlis ceramah di Gombak.

Nampaknya Rafizi lupa bahawa Anwar membuat janji yang sama sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu sidang media selepas tamat Kongres Nasional PKR pada 17 Julai tahun lalu, Anwar mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa (KLIK DI SINI ATAU RUJUK TANGKAP LAYAR DI HUJUNG BAWAH).

Tegas Anwar, janji itu sebelum tidak ditepati kerana dia bukan perdana menteri ketika itu.

“Sekarang kalau kita berjaya kali ini, janji kita pada rakyat, jika kita berjaya, kita akan tunaikan sepenuhnya kepada rakyat.

“Kita menang hari ini, harga minyak jatuh esok.

Loading...

“Saya (sebelum ini) bukan PM, macam mana boleh buat. Harga minyak tak boleh diturunkan kerana kerajaan fikir cara menyelamatkan orang di atas, dan kita fikir cara menyelematkan orang di bawah,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada 19 November 2022, hanya empat bulan selepas Anwar mengulangi janjinya itu.

Adakah Rafizi cuba memberitahu bahawa hutang kerajaan meningkat tiga kali ganda berbanding hutang kerajaan pada 2008, hanya dalam tempoh empat bulan antara 17 Julai 2022 dan 19 November 2022?

#PMX #Anwar #Rafizi #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...