
“Peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Ini bermakna, jika ahli-ahli parlimen UMNO secara keseluruhan atau mereka yang sehaluan dengan Najib (seramai tujuh orang, termasuk Najib dan Zahid) menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kerajaan secara otomatik akan tumbang”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤنيڤوان دمي ڤنيڤوان اوليه اڠڬوتا مقت، كالي اين اوليه ڤواد ذكرشي
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kenyataan anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi berhubung keputusan yang dicapai oleh MKT Rabu lalu lagi tidak masuk akal.
Menurut Puad, MKT memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bersidang 26hb Julai ini.
Persoalannya, jika benar keputusan itu dicapai, kenapakah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin “berkuat kuasa serta merta?”
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila mendakwa, keputusan mesyuarat MKT bukan bermaksud menarik sokongan kepada kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Menurut Najib, keputusan itu bermaksud UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap bagi menyelesaikan isu COVID-19.
Kenyataan ini bukan hanya tidak masuk akal, ianya mempunyai unsur putar belit yang amat jelas dan sudah semestinya diketahui oleh Najib sendiri.
Ini kerana, peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini bermakna, jika ahli-ahli parlimen UMNO secara keseluruhan atau mereka yang sehaluan dengan Najib (seramai tujuh orang, termasuk Najib dan Zahid) menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kerajaan secara otomatik akan tumbang.
Justeru, secara efektif, penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri membawa maksud yang sama dengan penarikan sokongan terhadap kerajaan. Apakah Najib tidak tahu perkara ini ataupun buat-buat tidak tahu?
Jika ya pun Puad dan Najib ingin tunggu sampai 26hb Julai, apakah rasional Zahid mengumumkan bahawa UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin “berkuat kuasa serta merta?”
Bukankah itu sama maksudnya dengan “menarik sokongan terhadap kerajaan berkuat kuasa serta merta,” memandangkan kerajaan akan tumbang jika Muhyiddin tumbang?
Saksikan Live di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (klik di sini) 3.30 petang ini di mana saya akan memerincikan perkara ini.
WAJIB TONTON:
