Salleh Said Keruak
1. Dalam PRU ke-14 nanti, hampir separuh daripada 18 juta yang layak mengundi adalah terdiri dari pengundi yang berumur antara 21-40 tahun. Dalam PRU ke-13, 41.98% pengundi dalam kategori umur ini agak kritikal pada kerajaan BN.
2. Kini, trend sokongannya sudah berubah.
3. Ini boleh dilhat dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan pada 18 Jun 2016. Dalam PRK ini, calon BN di Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi berbanding hanya majoriti 339 undi dalam PRU 2013. Di Kuala Kangsar pula, calon BN Datin Mastura Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi berbanding dengan hanya majoriti 1,082 undi dalam PRU 2013.
4. Faktor besar kemenangan kedua-dua calon ini adalah pengundi muda di saluran 3-5. Di Sungai Besar berlaku peralihan sokongan pengundi muda Cina sebanyak 23%, iaitu dari 15% pada PRU 2013 kepada 38% pada PRK 2016. Bagi pengundi muda Melayu pula berlaku peralihan sokongan sebanyak 13%, iaitu dari 65% pada PRU 2013 kepada 78% pada PRK 2016. Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18% kepada calon BN, iaitu dari 42% dalam PRU 2013 kepada 60% dalam PRK 2016.
5. Trend perubahan ini atas sebab beberapa faktor.
6. Pertama, anak muda lebih yakin dengan pemerintahan BN. Ini kerana pemimpin BN bersatu, melaksanakan projek kesejahteraan rakyat, merancang untuk masa depan negara, dan mampu menjamin kestabilan serta keselamatan negara.
7. Kedua, berbeza dengan BN, pakatan pembangkang selalu berpecah dan bekerjasama semata-mata kerana mahukan kuasa sahaja.
8. Ketiga, anak muda bosan dengan isu-isu yang dibangkitkan pihak lawan kerana ia tidak relevan berbanding dengan isu-isu yang dibawa BN. Isu BN ialah isu kesejahteraan rakyat, pembangunan dan keselamatan negara.
9. Keempat, anak muda tidak boleh menerima politik chauvinis yang merenggangkan keharmonian hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu.
10. Kelima, anak muda lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik kosong yang selalu ditaburkan pihak lawan, sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.
11. Lima faktor di atas mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia.
Sumber: sskeruak.blogspot.my
