
ڤڠخيانتن سبنر برمولا لاما دولو د ڤراق مليبتكن كم انور-دڤ
Pengkhianatan sebenar sudah bermula apabila ada cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak sebelum ini, dakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad dipercayai merujuk kepada percubaan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang bersekutu dengan Nga Kor Ming, Anwar dan Lim Kit Siang untuk menggulingkan Ahmad menerusi undi tidak percaya
Rancangan jahat mereka terbongkar beberapa bulan lalu menerusi satu klip video di mana Aziz didengar berkata beberapa Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertemunya untuk menyingkirkan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.
Malangnya, percubaan tersebut gagal apabila beberapa ADUN DAP dan AMANAH mula menjauhkan diri dari komplot tersebut, sekaligus menyebabkan kem Anwar-DAP tidak cukup korum.
PETALING JAYA: Pengkhianatan sebenar sudah bermula apabila ada cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak sebelum ini, dakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengambil keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) maka Bersatu Perak mengambil pendirian sama dengan pendirian peringkat Pusat.
“Lebih-lebih lagi di Perak, kita semua sedar kerajaan PH yang dipimpin saya sebelum ini tiada kestabilan kepada negeri Perak,” katanya.
Menurut laporann, Ahmad berkata sekiranya beliau dilabel pengkhianat mandat rakyat, semua pihak seharusnya sedar pengkhianatan sebenar berpunca daripada cubaan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sendiri.
“Kita tahu ‘it’s not an open secret’ bagaimana kalau disebut sekarang, orang seperti saya ini (mungkin) sebagai pengkhianat yang membelot mandat daripada rakyat.
“Tetapi kita seharusnya tidak lupa kepada mereka yang menduduki kerusi exco sepatutnya menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.
“Namun, mereka lebih sibuk kepada usaha menjatuhkan menteri besar dan juga kerajaan mereka sendiri, jadi pengkhianatan bermula di situ,” katanya.
Ahmad dipercayai merujuk kepada percubaan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang bersekutu dengan Nga Kor Ming, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk menggulingkan Ahmad menerusi undi tidak percaya
Rancangan jahat mereka terbongkar beberapa bulan lalu menerusi satu klip video di mana Aziz Bari didengar berkata beberapa Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertemunya untuk menyingkirkan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.
“Mereka nak Peja (Ahmad Faizal) dibuang, dijatuhkan dan (ganti) MB baru. So dia cadang jumpa saya, cadangkan saya (sebagai MB baru). Saya kata okeylah. Jadi inilah tujuan (pertemuan).
“Lepas ada orang yang cukup ini akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak) dan the rest (selebihnya)…,” katanya menerusi rakaman video tersebut.
Aziz menyertai DAP pada tahun 2015 dan merupakan Adun penggal pertama.
Malangnya, percubaan tersebut gagal apabila beberapa ADUN DAP dan AMANAH mula menjauhkan diri dari komplot tersebut, sekaligus menyebabkan kem Anwar-DAP tidak cukup korum.
RJ RITHAUDEEN
