
TTF: Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, semalam mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas, berikutan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPUM) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.
Untuk makluman, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia ditubuhkan bawah bahagian II “Legal Profession Act 1976” bagi menentukan kelayakan yang perlu bagi seseorang diiktiraf sebagai peguamcara dan peguambela.
Tindakan Tommy Thomas membenarkan LKPUM mengiktiraf UEC setaraf dengan STPM dan A-Levels bermakna seseorang yang lulus UEC boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dan seterusnya berkhidmat sebagai peguam selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Andaikata perkara ini berlaku, di masa akan datang, kita bakal menyaksikan penglibatan peguam-peguam kelulusan UEC di Mahkhamah Persekutuan biarpun mahkhamah tersebut merupakan sebahagian daripada cabang kehakiman kerajaan Persekutuan yang sememangnya tidak mengiktiraf peperiksaan UEC.
Apakah ini dibenarkan kerajaan Persekutuan?
Bukankan ini membuka ruang kepada cabang-cabang lain pentadbiran pusat untuk melakukan perkara yang sama, dan tidakkah ini bercanggah dengan matlamat dan fungsi utama cabang eksekutif kerajaan pusat, iaitu merangka dan menetapkan polisi-polisi yang perlu dipatuhi semua demi kebaikan dan kesejahteraan umum?
Dengan tindakan Tommy yang terbaru ini, apakah kita bakal menyaksikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain kerajaan menjejaki langkah beliau dengan turut mengiktiraf UEC setaraf dengan STPM dan A-Levels?
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.
Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.
“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).
“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.
Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.
Katanya, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
Diadaptasi dari:
Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
The Third Force on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gerakan Bangsa Nasional
The Third Force (Telegram)
