Pengguguran Tajuddin hanya permulaan, Noh Omar, Mahdzir Khalid, Reezal Merican, Ismail Sabri mungkin mangsa seterusnya

“Pemecatan Tajuddin dilihat sebagai ‘amaran’ terhadap menteri-menteri UMNO, khususnya, mereka yang berada dalam MKT, supaya menyokong pembubaran awal parlimen jika tidak ingin disisihkan daripada senarai calon Pilihan Raya”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤڠڬوڬورن تاجو الدين هاڽ ڤرمولأن، نوه عمر، مهذر خالد، ريايذال مريچان، اسماعيل صبري موڠكين مڠسا ستروسڽ

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Demikian menurut sebuah portal berita, yang mendedahkan kandungan surat pengguguran Tajuddin berserta rakaman terima kasih oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT Umno,” kata Ahmad Maslan dalam surat bertarikh 21hb Jun itu.

Saya sebenarnya tidak begitu terkejut dengan pengguguran – atau pemecatan – Tajuddin malah telah menjangkakannya dari awal lagi.

Dalam sesi live saya semalam (rujuk video di hujung bawah), saya mendedahkan usaha terdesak ahli-ahli Kluster Mahkamah untuk mempengaruhi menteri-menteri UMNO agar mereka menyokong Pilihan Raya Umum awal.

Setakat ini, Kluster Mahkamah gagal memujuk Datuk Seri Ismail Sabri uituk mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di Pertuan Agong.

Ismail Sabri pula bertegas akan menurut keputusan kolektif Barisan Jemaah Menteri dalam soal pembubaran parlimen.

Sebahagian besar menteri-menteri Kabinet tidak mempedulikan tekanan Kluster Mahkamah terhadap Ismail Sabri dan tidak bersetuju Pilihan Raya Umum diawalkan.

Ini termasuklah lapan hingga sembilan menteri UMNO, yang kesemuanya ingin Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan apabila tamat tempoh penuh Parlimen Malaysia ke-14.

Loading...

Jadi tidak hairanlah jika Zahid mula ‘menekan’ menteri-menteri ini agar mereka bersetuju dengan kehendak Kluster Mahkamah.

Walaupun Tajuddin bukan anggota Kabinet Ismail Sabri, beliau merupakan antara ahli MKT UMNO yang mempunyai hubungan akrab dengan menteri-menteri UMNO dan Bersatu yang menolak pembubaran awal parlimen.

Pemecatan beliau dilihat sebagai ‘amaran awal’ terhadap menteri-menteri UMNO, khususnya, mereka yang berada dalam MKT, supaya menyokong pembubaran parlimen sekiranya mereka ingin disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya.

Ini termasuklah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican, di mana ketiga-tiganya diketahui menolak pembubaran awal parlimen.

Maka tidak hairanlah jika ketiga-tiga mereka menjadi mangsa Kluster Mahkamah dan digugurkan daripada MKT UMNO bersama Ismail Sabri, seandainya mereka terus berdegil dan terus menolak Pilihan Raya Umum awal.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...