Pengeluaran KWSP: Kerajaan terperangkap

“Terang-terang kerajaan pimpinan Anwar gagal, dan bara kegagalan ini sedang memudaratkan rakyat jelata, khususnya, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang manjoritinya Melayu-Islam”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤڠلوارن قوسڤ: كراجأن ترڤراڠكڤ

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pada 9 Mac 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Anwar, rakyat (pada ketika itu) semakin terdesak dan tertekan, dan pengeluaran KWSP perlu dibenarkan pada kadar segera tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.

Kini, rakyat lebih terdesak dan lebih tertekan berbanding dulu akibat kegagalan kerajaan pimpinan Anwar menangani kos sara hidup yang menggila.




Namun, apabila rakyat mendesak agar pengeluaran KWSP dibenarkan, Anwar menolak bulat-bulat.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Anwar memberi alasan kononnya pengeluaran KWSP lanjut tidak harus dibenarkan kerana Perdana Menteri yang bakal dilantik selepas pilihan raya perlu memainkan peranan memulihkan ekonomi.

Kini, sudah lebih 100 hari Anwar bergelar Perdana Menteri, tetapi ekonomi negara masih teruk dan kos sara hidup makin menggila.

Malah, segala janji manifesto berhubung kos sara hidup gagal direalisasikan, termasuk janji menstabilkan harga dan bekalan telur serta menurunkan harga minyak, antara lain.

TONTON: KEGAGALAN KERAJAAN ANWAR CETUS GELOMBANG PENYATUAN MELAYU-ISLAM TERBESAR DALAM SEJARAH

Menteri ekonomi lebih gemar membuat kenyataan pelik dan sering menimbulkan persepsi palsu, termasuk persepsi kononnya harga barangan yang tinggi di seluruh negara semuanya bersangkut paut dengan peniaga yang tidak jujur.

Daripada menyajikan rakyat dengan dasar atau kerangka kerja pemulihan ekonomi yang meyakinkan, menteri berkenaan, Rafizi Ramli, lebih gemar memberi nasihat yang sekadar membuktikan beliau tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Contohnya, apabila Rafizi diasak berhubung harga ayam dan telur yang menggila, beliau sekadar memberitahu “kalau harga ayam tu dah mahal sangat, we should reduce makan ayam.”

Loading...

Apakah ini kenyataan yang kita harapkan daripada seorang yang diamanatkan menjaga ekonomi negara?

Terang-terang kerajaan pimpinan Anwar gagal, dan bara kegagalan ini sedang memudaratkan rakyat jelata, khususnya, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang manjoritinya Melayu-Islam.

Justeru, setiap warganegara Malaysia wajib dibenarkan menggunakan wang simpanan sendiri untuk menjaga diri sendiri, kerana jika diharapkan kerajaan, ramai mungkin terpaksa “meminjam dariapda Ah Long” dalam masa terdekat.

Tetapi Anwar tidak faham logik ini, dan disebabkan itu, pemimpin pembangkang mendapat sokongan padu majoriti rakyat Malaysia apabila memperjuangkan pengeluaran KWSP.

Buktinya, Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak diserang bertubi-tubi oleh penyokong sendiri apabila beliau mempertikaikan cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pengeluaran KWSP dibenarkan.

Sekiranya Anwar bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP selepas ini, rakyat akan menilainya sebagai satu kemenangan besar buat pembangkang dan sentiasa mengharap kepada pembangkang untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Sebaliknya, jika Anwar terus berdegil dan tidak membenarkan pengeluaran KWSP, kerajaan akan dicap sebagai “zalim” dan rakyat akan beransur-ansur meminta Anwar berundur untuk memberi laluan kepada “pembangkang yang lebih prihatin.”

Pendek kata, Anwar dah terperangkap.

Anwar sepatutnya membenarkan pengeluaran KWSP dari awal lagi dan akur bahawa kerajaan pimpinannya gagal menangani masalah kos sara hidup yang menggila.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...