ڤنريمأن واتيكه تاجو الدين – بوكن ءدڬنتوڠء، تاڤي ءترڬنتوڠء
Penerimaan watikah pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia didakwa tidak akan berlaku esok, kerana nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara.
Ini menimbulkan persoalan samada nama Tajuddin benar-benar digugurkan atau beliau akan menerima watikah pelantikannya pada tarikh lain.
Kenyataan media berhubung perkara ini bercanggah-canggah, sekaligus menjadikan isu ini ‘tergantung’.
Sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob pernah mengaku bahawa pelantikan Tajuddin mendapat kelulusan Kabinet dan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Maka tidak ada gunanya memetik mana-mana sumber berita melainkan maklumat diperolehi secara terus dari Wisma Putra atau Istana Negara.
Tajuddin sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Datuk Seri Ismail Sabri ke Indonesia untuk bertemu Presiden Jokowi.
Sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob pernah mengaku bahawa pelantikan Tajuddin mendapat kelulusan Kabinet dan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Menurutnya, tindakan meminta pelantikan Tajuddin ditarik balik tidak wajar kerana ia umpama mempersoalkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
“Sepatutnya telah diserahkan watikah tetapi YDPA gering waktu itu dan saya percaya akan diserahkan watikah (pelantikan kepada Tajuddin),” katanya.
Berdasarkan kenyataan ini, timbul pula soal kenapa nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong esok.
RJ RITHAUDEEN