Penerangan UMNO jangan pura-pura tidak faham hubungkait PRU awal dengan kes mahkamah

Shahril berpura-pura tidak faham bagaimana PRU awal boleh mendatangkan manfaat buat Kluster Mahkamah. Sumber (gambar): TTF

“Jika Barisan Nasional memenangi PRU15, dan jika Zahid atau orang pilihannnya dilantik sebagai perdana menteri, tidak ada apa-apa yang menghalang perdana menteri baharu itu daripada mencalonkan seorang yang difikirkan “bersimpati terhadap Kluster Mahkamah” sebagai Peguam Negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤنراڠن امنو جاڠن ڤورا-ڤورا تيدق فهم هوبوڠكايت ڤرو اول دڠن كيس محكمه

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa presiden UMNO mahu mengadakan pilihan raya umum awal kerana takut dipenjara.

Menurut Sanusi, Zahid takut masuk penjara kalau PRU lambat, dan disebabkan itu, ingin pilihan raya umum diawalkan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” dakwa Sanusi.




Mengulas kenyataan itu, Shahril mempersoalkan hubungkait PRU15 dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TONTON: AGONG TIDAK CENDERUNG BUBAR AWAL PARLIMEN 

“Bahawa disebabkan BN menang, tiba-tiba hakim akan dipaksa tukar fikiran?

“Kalau itu tuduhannya, sebut sahaja tanpa berselindung kerana itu tuduhan amat berat bukan kepada Zahid tetapi terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara.”

Namun, saya berpendapat bahawa Shahril berpura-pura tidak faham bagaimana PRU awal boleh mendatangkan manfaat buat Kluster Mahkamah dengan cara yang tidak mencemar integriti hakim dan institusi kehakiman negara, andai kata Zahid berjaya menguasai tampuk kepimpinan negara.

Hakikatnya, jika Barisan Nasional memenangi PRU15, dan jika Zahid atau orang pilihannnya dilantik sebagai perdana menteri, tidak ada apa-apa yang menghalang perdana menteri baharu itu daripada mencalonkan seorang yang difikirkan “bersimpati terhadap Kluster Mahkamah” sebagai Peguam Negara.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Berdasarkan peruntukkan ini, tidak mustahil Peguam Negara yang dilantik atas pencalonan Perdana Menteri baharu itu akan bertindak “memberhentikan prosiding” atau menggugurkan kes melibatkan ahli-ahli Kluster Mahkamah, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid sendiri.

Loading...

Bagaimanapun, ini tertakluk kepada andaian bahawa Zahid atau orang pilihannnya berjaya dilantik sebagai perdana menteri, dan pihak yang dicalonkan sebagai Peguam Negara oleh perdana menteri baharu dilantik ke jawatan itu oleh Yang Di-Pertuan Agong.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...