Pendedahan: Zahid, Najib mungkin menyerah kalah (Bahagian Satu)

“Ya, bercanggah dengan retorika palsu yang dilontarkan oleh “blogger-blogger  dan Laskar Siber Najib,” bukannya pihak lawan yang kecut, tetapi Najib dan Zahid sendiri dah kecut”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤندداهن: زاهيد، نجيب موڠكين مڽراه كاله

(Tonton juga video di hujung bawah)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sedang menimbulkan persepsi palsu kononnya mereka mempunyai kemampuan luarbiasa dari segi pendanaan (selepas PRN Melaka dan Johor) dan strategi untuk menangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Dua hari yang lalu, Zahid menuduh pembangkang memberikan banyak alasan untuk mengelak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana takut menghadapinya.

Sebelum itu, Najib membuat tuduhan yang seakan-akan sama terhadap Pakatan Harapan (PH), sambil berkata, gabungan itu seolah-olah “terjumpa Pontianak.”

Semalam pula, Zahid menuduh PAS takut hilang kerusi Parlimen sekiranya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Pendek kata, tidak kira anda berada dalam blok kerajaan atau pembangkang, asalkan anda menentang pilihan raya umum awal, anda akan dituduh “takut untuk berhadapan pilihan raya” oleh Najib dan Zahid.

Sebabnya?

Zahid dan Najib dah kecut.

Ya, bercanggah dengan retorika palsu yang dilontarkan oleh “blogger-blogger  dan Laskar Siber Najib,” bukannya pihak lawan yang kecut, tetapi Najib dan Zahid sendiri dah kecut.

TONTON: AGONG TIDAK CENDERUNG BUBAR AWAL PARLIMEN

Mereka terpaksa melakukan provokasi terhadap sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada perancangan mereka, agar semua ahli parlimen UMNO teruja dengan ‘kemampuan’ palsu mereka dan bersetuju jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

Loading...

Malangnya, sebilangan besar menteri-menteri UMNO tidak termakan helah Najib dan Zahid dan lebih rela jika Datuk Seri Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga penggal penuh parlimen ke-14 tamat.

Jadi Zahid dan Najib tersepit?

Ya.

Jika Najib dan Zahid tidak mampu mempengaruhi menteri-menteri UMNO, langkah seterusnya ialah untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri menerusi penarikan sokongan ahli-ahli parlimen kem Kluster Mahkamah (Kluster Mahkamah dan sekutunya).

Namun, Najib dan Zahid tahu bahawa langkah sedemikian tidak akan berjaya, kerana Ismail Sabri boleh sahaja memasuki perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan jika kedudukannya terancam, agar ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan dikira sebagai penyokong kerajaan.

Caranya, Ismail Sabri boleh memberi laluan kepada dua atau tiga ahli parlimen daripada Pakatan Harapan untuk terlibat secara terus dalam kerajaan dengan menyingkirkan dua atau tiga ahli parlimen Bersatu, PAS dan UMNO daripada kerajaan.

Pakatan Harapan tidak akan menolak tawaran ini, kerana Anwar menghadapi kesukaran kebelakangan ini untuk mendapatkan persetujuan semua ahli parlimen PKR untuk bekerjasama dengan Kluster Mahkamah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini bermakna, Pakatan Harapan tidak ada cara untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan sebelum PRU15, melainkan semua ahli-ahli parlimen daripada gabungan itu bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri secara terus.

Ini sudah pasti pilihan yang lebih baik daripada berdepan dengan pilihan raya umum, dan Pakatan Harapan tahu Muhyiddin tidak akan membawa Bersatu keluar daripada blok kerajaan jika Kluster Mahkamah bertindak menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

Muhyiddin bukannya bodoh;

1. Dia sedar bahawa tidak ada sebarang manfaat buat dirinya jika pilihan raya umum diawalkan,

2. Dia sedar Bersatu akan dibelasah teruk jika pilihan raya umum diawalkan, dan

3. Bersatu akan hanya membantu Zahid dan Najib mengecapi matlamat peribadi mereka jika parti itu bertindak keluar daripada blok kerajaan.

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...