Raggie Jessy Rithaudeen
زاهيد ليندوڠي محي الدين، ستوجو اهلي ڤرليمين امنو تيدق ڤرلو لتق جاوتن جك ضرورت تمت 1 اوڬوس اين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Lewat malam tadi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan bahawa semua ahli parlimen UMNO perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1hb Ogos.
Menurut Zahid, keperluan ini sejajar dengan ketetapan yang dibuat oleh UMNO pada 25hb April 2021.
Tetapi Zahid menipu, dan hari ini saya akan buktikan penipuan ini dan agenda sulit Zahid untuk memastikan bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tumbang jika Darurat tamat 1hb Ogos ini.
Bukti pertama:
1. Kenyataan rasmi Majlis Tertinggi UMNO bertarikh 25hb April 2021 tidak mengandungi sebarang butiran atau ketetapan berhubung Darurat atau perlunya ahli-ahli parlimen UMNO berundur dari kerajaan.
2. Ini sejajar dengan pemberitahuan rasmi oleh UMNO yang ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO dan dibawa oleh Zahid sendiri di akaun Facebook rasmi miliknya.
Bukti kedua:
1. Sebelum ini, kita ditipu kononnya MKT UMNO memutuskan pada 25hb April 2021 untuk menarik sokongan terhadap kerajaan pada 1hb Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal.
2. Kini, kita diberitahu bahawa semua ahli parlimen UMNO perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1hb Ogos.
3. Mana satu yang betul?
4. Kalau diikutkan yang pertama, pada 1hb Ogos ini, semua ahli parlimen UMNO perlu letak jawatan dalam kerajaan dan isytiharkan penarikan sokongan mereka terhadap kerajaan.
5. Kalau diikutkan yang kedua, pada 1hb Ogos ini, semua ahli parlimen UMNO tidak wajib letak jawatan dalam kerajaan, sekaligus bermakna mereka tidak wajib isytiharkan penarikan sokongan mereka terhadap kerajaan jika Darurat ditamatkan.
6. Nampak?
Bukti ketiga:
7. Mesyuarat MKT UMNO memutuskan pada 7hb Julai 2021 bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.
8. Ini bermakna, semua menteri dan timbalan menteri UMNO seharusnya sudah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan mengisytiharkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.
9. Dan setakat mana yang saya maklum, semua ahli MKT bersetuju bahawa penarikan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap Muhyiddin perlu disusuli dengan perletakkan jawatan ahli-ahli parlimen berkenaan dalam kerajaan.
10. Jadi kenapa tiba-tiba Zahid pilih tarikh baru (1hb Ogos) untuk pengunduran ahli-ahli parlimen UMNO dari kerajaan?
11. Malah, sekarang, kita diberitahu bahawa ahli-ahli parlimen ini tidak wajib letak jawatan dalam kerajaan dan tidak wajib isytiharkan penarikan sokongan mereka terhadap kerajaan andai kata Darurat tamat pada 1hb Ogos 2021.
12. Apakah ini bermakna keputusan MKT bertarikh 7hb Julai 2021 terbatal?
13. Siapa yang batalkan?
14. Zahid?
Bukti keempat:
15. Sehingga hari ini, Najib, Ahmad Maslan dan kuncu-kuncu mereka masih belum membuat sebarang pengumuman penarikan sokongan terhadap Muhyiddin menurut ketetapan MKT bertarikh 7hb Julai 2021.
16. Zahid pula gagal mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri dan timbalan menteri yang terus menzahirkan sokongan terhadap Muhyiddin.
17. Kini, kita diberitahu bahawa ahli-ahli parlimen UMNO tidak wajib letak jawatan dalam kerajaan dan tidak wajib isytiharkan penarikan sokongan mereka terhadap kerajaan andai kata Darurat tamat pada 1hb Ogos 2021.
18. Bukankah ini bermakna Zahid sedang melindungi kerajaan pimpinan Muhyiddin?
Bukti kelima:
19. Menurut Zahid, semua ahli parlimen UMNO perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1hb Ogos.
20. Namun, perletakkan jawatan dalam kerajaan tidak membawa maksud yang sama dengan menarik sokongan terhadap kerajaan.
21. Ini bermakna, jika menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan, mereka boleh terus kekal menyokong Muhyiddin.
22. Nampak?
BACA JUGA PENDEDAHAN INI UNTUK MENGETAHU SEBAB ZAHID MELINDUNGI MUHYIDDIN (KLIK DI SINI)
WAJIB BACA:
