Pemimpin PBM beri isyarat lebih ramai ahli parlimen kerajaan akan ikut jejak Zuraida

Ramai meneka bahawa ini adalah percaturan bersama melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida, namun saya difahamkan bahawa ini adalah percaturan Azmin dan Zuraida semata-mata. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين ڤبم بري عشارت لبيه راماي اهلي ڤرليمين كراجأن اكن ايكوت جيجق ذورايدا

Sebuah portal berita melaporkan bahawa lebih ramai ahli Parlimen dijangka mengikut jejak Zuraida Kamaruddin dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Memetik setiausaha agung PBM, Hizwan Ahmad, ahli-ahli parlimen berkenaan adalah dari kalangan penyokong kerajaan.

Sementara itu, Presiden PBM Larry Sng berkata, parti itu akan menyokong kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan seterusnya memastikan jumlah majoriti yang ada terus kekal.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“(Kita) sokong kerajaan Ismail Sabri,” katanya.

Semalam, TTF menulis (KLIK DI SINI):

Dalam masa terdekat, lebih ramai ahli parlimen dijangka mengikuti jejak Zuraida, di mana ahli-ahli parlimen ini pada satu ketika dulu meninggalkan PKR bersama Zuraida.

Ramai meneka bahawa ini adalah percaturan bersama melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida, namun saya difahamkan bahawa ini adalah percaturan Azmin dan Zuraida semata-mata.

Saya akan membincangkan percaturan ini dengan lebih mendalam dalam terbitan yang berasingan.

Yang pasti, Muhyiddin kini tiada pilihan melainkan kembali berjumpa dengan Mahathir dan meminta untuk bekerjasama ke arah Pilihan Raya Umum ke-15, atas syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahathir.

Loading...

Jangan harap Muhyiddin memasuki perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana Anwar sudah lama berurusan dengan seorang individu dari Kluster Mahkamah UMNO, manakala DAP dan AMANAH tidak mungkin akan bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS.

THE THIRD FORCE

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...