Pemergian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara

Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim

ڤمرڬيان تن سري عبدالخالد إبراهيم كهيلڠن بسر بوات نڬارا

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim meninggal dunia sebelum tengah malam semalam di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Menurut laporan, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23hb April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sungguh besar buat negara.




Bagi rakyat Selangor, nama Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim sinonim dengan seorang pentadbir yang cekap, amanah dan berjiwa rakyat.

Menurut pentadbir Facebook Tan Sri Khalid, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam,” katanya.

Saya mengucapkan salam Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan berdoa agar mereka sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Loading...

Raggie Jessy Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...