“Kepimpinan UMNO Selangor tidak sehaluan dengan Kluster Mahkamah dalam banyak perkara, dan pemecatan Isham mungkin ada sangkut pautnya dengan pandangan berbeza berhubung kerjasama UMNO-PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤمچتن اشعام جليل تيدق مڠجوتكن ساي، كڤيمڤينن امنو سلاڠور ده لاما تيدق سهالوان دڠن قلوستر محكمه
Sebentar tadi, media melaporkan bahawa salah seorang penyokong kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil, dipecat dari jawatan ketua penerangan Barisan Nasional Selangor berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan oleh Isham sendiri di laman Facebook miliknya, selepas satu surat dikeluarkan oleh Setiausaha BN Selangor Mohamad Satim Diman bertarikh 3hb Jun 2022.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurut Isham, dia dimaklumkan bahawa pemecatannya disebabkan jawatan ketua penerangan BN negeri tidak termaktub di dalam perlembagaan gabungan berkenaan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua penerangan BN Selangor.
“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri,” katanya.
TONTON: SAYA LIHAT PASUKAN NAJIB TIDAK 100% PASTI
Sebelum ini, Isham kerap dikaitkan dengan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan juga persekutuan.
Namun, pemecatan Isham tidak begitu mengejutkan saya, kerana UMNO pada ketika ini retak teruk di peringkat pusat dan negeri susulan kemunculan kem Datuk Seri Ismail Sabri yang dilihat makin mendapat sokongan.
Menurut sumber, lebih 75 peratus pemimpin UMNO di peringkat negeri dan pusat menolak pembubaran awal parlimen yang diusulkan terutamanya oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Saya difahamkan, majoriti pemimpin ini menolak usul tersebut secara terbuka, termasuk beberapa menteri dan timbalan menteri dari UMNO.
Kepimpinan UMNO Selangor tidak sehaluan dengan Kluster Mahkamah dalam banyak perkara, dan pemecatan Isham mungkin ada sangkut pautnya dengan pandangan berbeza berhubung kerjasama UMNO-PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15.
WAJIB BACA:
