Pembohongan Zahid, Najib akhirnya terdedah, tiba-tiba boleh kerjasama dengan DAP

“Bagaimanakah Zahid dan Najib sanggup bekerjasama dengan DAP sedangkan UMNO selama ini berpaut pada “misi penyatuan ummah” bersama PAS yang kononnya perlu bagi “mempertahankan Agama dan Bangsa dari DAP yang didakwa ‘jahat’? Bukankah ini retorik yang dimainkan selama ini??”

Raggie Jessy Rithaudeen

NOTA: Saya akan membuat live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) pada pukul 5 petang hari ini (25hb September 2020) berhubung Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal diadakan.

Kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional bebas menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu pengkhianatan terhadap Agama dan Bangsa oleh seorang yang bergelar presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.

Zahid berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Anwar kononnya beliau memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga ahli parlimen, sekaligus bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumbang.




Anwar sebenarnya berbohong, dan komplot pembohongan ini sudahpun saya dedahkan menerusi terbitan berikut:

Pengumuman Anwar komplot penipuan terbesar sejarah Tanah Air, kalah 1MDB

Saya menulis:

Ini sebenarnya komplot penipuan terbesar yang pernah dirancang oleh Anwar dan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Zahid dan beberapa personaliti lain dari Team A (UMNO) pimpinan Najib.

Kesemua mereka terdesak kerana masing-masing terpalit samada dengan skandal rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram atau pecah amanah atau mana-mana kombinasi kesalahan-kesalahan tersebut.

Najib sudah disabit tujuh kesalahan jenayah dan khuatir Mahkamah Rayuan akan mengarahkannya ke Sungai Buloh sementara menunggu keputusan rayuan susulan yang mungkin dibuatnya.

Loading...

Anwar pula terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 dan tahu masa tidak menyebelahinya kerana Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memiliki sokongan terlalu ramai ahli parlimen.

Justeru, Anwar bertindak memasuki satu komplot terancang bersama Najib dan Zahid bagi menimbulkan persepsi kononnya beliau memiliki sokongan majoriti dengan harapan ahli-ahli parlimen terkeliru dan beralih sokongan terhadapnya.

Anwar memilih untuk membuat pengumuman ketika Baginda Tuanku masih berada di Institut Jantung Negara untuk membeli masa agar ahli-ahli parlimen mempercayainya dan bersetuju untuk menyokongnya.

Semalam, Lim Kit Siang menzahirkan rasa terkejutnya kerana Anwar sangup bekerjasama dengan UMNO.

Ini bukannya sandiwara, kerana Anwar sememangnya tidak pernah berbincang dengan sesiapa pun berkenaan pengumumannya melainkan orang-orang Zahid dan Najib.

Saya difahamkan, kedua-dua DAP dan AMANAH tidak yakin Anwar memiliki sokongan majoriti kerana satu-satunya cara Anwar boleh memiliki sokongan tersebut ialah sekiranya GPS menyokong beliau.

Ini kerana DAP dan AMANAH tidak selesa bekerjasama dengan UMNO, apatah lagi Team A yang dibarisi kepimpinan bermasalah yang samada menghadapi tuduhan jenayah atau sudah disabit kesalahan.

GPS sudahpun mengesahkan ahli-ahli parlimennya tidak menyokong Anwar, malah tidak ada sesiapa dari kalangan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak diketahui menyokong Anwar.

PAS turut mengesahkan tidak menyokong Anwar malah mencabar terus beliau untuk mendedahkan senarai “majoriti” yang dimaksudkannya.

Manakala itu, ahli-ahli parlimen dari PPBM turut tidak menyokong Anwar melainkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan penyokong tegarnya yang sanggup berkompromi dengan Anwar untuk kekal berkuasa.

Malangnya, kumpulan penyokong tegar Muhyiddin tidak sampai empat ahli parlimen dan tidak diterima oleh DAP dan AMANAH.

Justeru, tanpa sokongan dari Sabah, Sarawak, PAS, PPBM dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), dari manakah datangnya ‘sokongan majoriti’ yang Anwar maksudkan kalau bukannya dari Team A?

Bagi tujuan perbincangan, andaikata seluruh UMNO menyokong Anwar, bagaimanakah Anwar boleh memiliki sokongan majoriti tanpa penglibatan DAP, PAS, AMANAH, Sabah atau Sarawak dalam mana-mana kombinasi yang sesuai?

Nyata sekali Anwar menipu seluruh rakyat Malaysia, dan penipuan ini bertujuan mengejutkan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak agar mereka beralih sokongan terhadapnya sebelum Yang di-Pertuan Agong kembali ke Istana Negara.

Sebenarnya, segala yang berlaku sehingga kini merupakan usaha terdesak Anwar dan sekumpulan 12 ahli parlimen yang diketuai oleh Najib dan Zahid untuk menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kembali berkuasa.

Mereka begitu terdesak dan cemas sehingga sanggup mencuba apa sahaja walaupun tahu rancangan mereka berkemungkinan besar gagal.

Zahid dan Najib tahu DAP tidak mungkin bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak mempunyai pilihan memandangkan kedua-dua mereka terpalit dengan kes jenayah dan berkemungkinan besar dipenjarakan.

Mereka sedia maklum bahawa sokongan majoriti kini sudah beralih ke kem Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh politik negara (rujuk pendedahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di hujung bawah).

Persoalannya;

1. Bagaimanakah Zahid dan Najib sanggup bekerjasama dengan DAP sedangkan UMNO selama ini berpaut pada “misi penyatuan ummah” bersama PAS yang kononnya perlu bagi “mempertahankan Agama dan Bangsa dari DAP yang didakwa ‘jahat’?”

2. Bagaimanakah Zahid dan Najib tergamak meminggirkan PAS yang sudah pasti akan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP?

3. Bagaimanakan Zahid selaku presiden UMNO boleh membenarkan ahli-ahli parlimen partinya bekerjasama dengan musuh (Anwar) atas alasan sesiapa sahaja “bebas menyokong Anwar dan tidak boleh dihalang?”

4. Bukankah UMNO sebelum ini memecat Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana bekerjasama dengan pihak lawan yang pada ketika itu lantang menentang Najib dan UMNO?

5. Bukankah Zahid bertanggungjawab menetapkan pendirian UMNO berhubung PAS, Anwar dan DAP dan memastikan semua ahli parti mematuhi pendirian itu?

6. Bukankah Zahid tidak berguna sebagai presiden UMNO dan harus letak jawatan kerana tidak mampu membuat pendirian atau mengawal ahli-ahli partinya sendiri?

7. Masih tidak percaya lagi Zahid agen Anwar?

8. Apakah anda tidak nampak bagaimana perjuangan Najib, Zahid dan Team A selama ini bukannya untuk Agama, Bangsa dan Negara, tetapi Wang, Kuasa dan Kedudukan (WKK)?

9. Apakah anda tidak nampak bagaimana Najib dan Zahid memperdaya ummah dan PAS serta menjaja konsep “penyatuan ummah” semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk mereka?

RUJUK JUGA:

Terkini: Khairuddin sahkan sokongan majoriti milik kem Mahathir, akan dedah dalam masa terdekat

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...