‘Peluru’ Syed Hussin hanya ‘peluru’ getah, MP yang khianat Bersatu mungkin buat pusingan-U

“Sekiranya ada tanda-tanda kerajaan bakal tumbang, semua ahli parlimen yang mengkhianati Bersatu sebelum ini dijangka akan membuat pusingan-U.”  SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, menafikan dakwaan kononnya beliau akan mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, berita palsu itu disebarkan dengan menggunakan nama Harian Metro, seolah-olah ‘tindaken’ beliau mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ‘dilaporkan’ media arus perdana.




Berita palsu itu tular tidak lama selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz (Syed Hussin), mendakwa tujuh atau lapan lagi ahli Parlimen pembangkang bakal mengumumkan sokongan secara terbuka terhadap kepemimpinan Anwar.

Malam semalam, saya mendedahkan betapa melesetnya maklumat Syed Hussin dan mengesyaki samada beliau diberi maklumat palsu atau sengaja mewar-warkan propaganda dalam keadaan terdesak.

Barangkali Syed Hussin dan empat lagi ahli parlimen yang sebelum ini berpaling tadah terkesan dengan spekulasi yang bertiup kencang berkenaan sejumlah ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan menarik sokongan kepada Anwar pada bila-bila masa.

Saya tidak menafikan ada kemungkinan seorang dua ahli parlimen Bersatu bakal mengikuti ‘jejak khianat’ Syed Hussin, namun jumlahnya tidak sampai tujuh atau lapan seperti yang diwar-warkan.

UMNO sahaja sudah ada lebih 16 ahli parlimen yang menentang gandingan Anwar bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan jika diambil kira ahli parlimen dari parti komponen Barisan Nasional yang lain, sekurang-kurangnya 20 berpotensi meminggirkan Anwar dalam sekelip mata.

Sekiranya ada tanda-tanda perkara ini akan berlaku, semua ahli parlimen yang mengkhianati Bersatu sebelum ini dijangka akan membuat pusingan-U.

Jangan lupa, ahli-ahli parlimen ini masih merupakan ahli Bersatu, dan mereka boleh beri alasan kononnya “kami dari awal lagi mahu menajdi sebahagian daripada kerajaan hanya untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasan parlimen kami, tidak lebih dari itu.”

Loading...

Sabah dan Sarawak lazimnya mengikuti jejak Barisan Nasional, dan jika ramai ahli parlimen dari gabungan itu beralih sokongan sehingga wujud tanda-tanda Barisan Nasional akan rebah, tidak mustahil mereka turut meminggirkan Anwar.

Maknanya, ‘peluru’ Syed Hussin tidak lebih dari ‘peluru’ getah yang dilepaskan dalam keadaan terdesak, barangkali untuk meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong bahawa Anwar…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...