Peluang UMNO tipis, Najib dah tahu

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pencapaian Najib di media sosial merosot sejak Langkah Sheraton dan bertambah buruk selepas Langkah Royale Chulan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kepimpinan UMNO sudah pun dimaklumkan bahawa kebarangkalian untuk Barisan Nasional menang lebih daripada lapan kerusi amat tipis, malah perkara ini sudah ada di bawah pengetahuan “Boss ku.” Ramalan terakhir saya buat PRN Melaka ialah UMNO akan menang tidak lebih dari lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) berkemungkinan besar akan…”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤلواڠ امنو تيڤيس، نجيب ده تاهو

Tidak ramai dapat menerima ramalan ‘luar biasa’ Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka 20hb November ini.

Menurut Mohamad, ramalan itu adalah berdasarkan ‘kajian’ sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.




Namun, Mohamad tidak menceritakan bagaimana Barisan Nasional melakukan ‘kajian’ yang dimaksudkan dan lupa sebab utama pengundi menolak Barisan Nasional pada PRU14.

Sejak 2015 lagi, kegagalan Barisan Nasional menolak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi gabungan dan presiden UMNO menyebabkan ramai penyokong Barisan Nasional beralih sokongan ke pembangkang.

Mereka meluat dengan dengan skandal SRC dan 1MDB yang melibatkan dana berbillion ringgit dalam pada rakyat terhimpit dan terseksa disebabkan kos sara hidup yang makin meningkat.

Keadaan sekarang tidak jauh berbeza, malah bukan hanya kos sara hidup kian meningkat, beratus ribu warga Malaysia sudah kehilangan mata pencarian dan berjuta lagi mengalami pengurangan dalam sumber pendapatan.

Semua ini gara-gara kegagalan gerombolan ahli-ahli politik PPBM, PAS dan UMNO yang tidak serik bercatur dengan Najib sejak sebelum Langkah Sheraton lagi demi memuaskan nafsu wang, kuasa dan kedudukan masing-masing.

Walaupun UMNO kini diterajui oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada dasarnya, parti itu masih di bawah bayang “Boss ku” dan amat terdesak disebabkan penolakkan lebih ramai pengundi tehadap Barisan Nasional berbanding PRU14.

Malah, UMNO begitu terdesak sehingga terpaksa menerima kembali seorang bekas ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) yang dipecat dari parti semata-mata kerana ahli berkenaan merupakan orang kuat “Boss ku.”

Loading...

Ini menjadikan UMNO yang wujud hari ini seakan-akan sama dengan UMNO sebelum PRU14, di mana Najib merupakan watak utama dalam segala percaturan dan mempunyai kata putus dalam segala keputusan yang dibuat.

Buktinya di Melaka, di mana Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang dilihat ke sana sini, seolah-olah Najib lebih penting daripada presiden parti dan merupakan calon Barisan Nasional bagi jawatan Ketua Menteri.

Cuba fikir, kalau majoriti pengundi sudah menolak Najib pada PRU14 hanya disebabkan tuduhan jenayah, apakah pengundi yang sama (yang kini berada dalam keadaan lebih terdesak) sanggup menyokong beliau setelah disabit bersalah?

Inilah yang dikatakan ‘parti tidak sedar diri’, dan UMNO begitu tersasar dari landasan kebenaran hingga percaya bahawa pengundi hari ini masih sama dengan pengundi zaman 80-an dan 90-an yang mudah diperdaya dengan propaganda murahan dan janji-janji palsu.

Hakikatnya, UMNO masih belum keluar daripada kepompong “keangkuhan lampau” yang menyelubungi parti itu sejak Najib mengambil alih tampuk kepimpinannya daripada Tun Abdullah Badawi pada 2009.

Sebenarnya, beberapa bulan sebelum PRU14, Najib sudah diberitahu oleh beberapa pakar dan anggota perisik bahawa Barisan Nasional berkemungkinan tinggi akan kalah melainkan berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO.

Tetapi Najib tidak mengendahkan nasihat yang diberikan, dan percaya, keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016 menunjukkan peningkatan sokongan Melayu dan Cina terhadap Barisan Nasional.

Namun, apa yang Najib terlepas pandang ialah keputusan Pilihan Raya Kecil tidak semestinya mencerminkan sentimen rakyat ketika Pilihan Raya Negeri atau Umum.

Ini kerana Pilihan Raya Kecil biasanya bertumpu kepada isu-isu setempat, manakala Pilihan Raya Negeri atau Umum lebih menumpu kepada isu-isu kebangsaan dan kesannya kepada ekonomi rakyat dan kestabilan politik.

Akhirnya, Najib menerima padah dan terpaksa melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional selepas PRU14 untuk meredakan kemarahan akar umbi.

Tetapi Najib kini sudah kembali sebagai de facto UMNO president (presiden UMNO secara berkesan), dan ini sudah pasti menjadikan pengundi Melaka meluat.

Setahu saya, kepimpinan UMNO sudah pun dimaklumkan bahawa kebarangkalian untuk Barisan Nasional menang lebih daripada lapan kerusi amat tipis, malah perkara ini sudah ada di bawah pengetahuan “Boss ku.”

Percayalah, mustahil Najib boleh membawa sebarang kebaikan buat Barisan Nasional di Melaka, malah saya jangkakan bahawa kehadiran Najib akan hanya memarahkan majoriti pengundi yang terseksa disebabkan percaturan tahap gila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya amat yakin bahawa pengundi meluat dengan kebebasan luar biasa yang diberikan kepada Najib untuk ke sana sini, walaupun beliau disabit bersalah bagi jenayah yang amat berat dan menghadapi pelbagai tuduhan jenayah melibatkan dana berbilion ringgit.

Sudah pasti rakyat akan marah, sedangkan yang curi RM10 pun terpaksa memakai baju lokap dan dipenjara jika bersalah, ini kan pula disabit bersalah dan dituduh curi dana berbilion ringgit tetapi bebas berkempen dan keluar masuk parlimen, siap dikembalikan passport lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pencapaian Najib di media sosial merosot sejak Langkah Sheraton dan bertambah buruk selepas Langkah Royale Chulan.

Saya pernah menulis:

Saya mengesyaki bahawa Barisan Nasional sedar akan perkara ini dan sengaja mengerahkan Najib ke Melaka untuk meilai tahap keberkesanan fenomena “Bossku” menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika “Bossku” gagal meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Zahid akan menghadapi tekanan dari dalam UMNO untuk melepaskan jawatan presiden dan memberi laluan kepada Ismail Sabri.

Sebaliknya, jika “Bossku” bejaya meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Ismail Sabri akan ditekan untuk mencetuskan pembubaran parlimen dengan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian.

Inilah pertarungan sebenar di Melaka.

Dengan itu, ramalan terakhir saya buat PRN Melaka ialah UMNO akan menang tidak lebih dari lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) berkemungkinan besar akan kalah semua kerusi yang ditandingi atau menang hanya satu kerusi.

WAJIB BACA:

Muhyiddin lupa peristiwa ‘bersejarah’ menteri Perikatan Nasional menipu parlimen, rakyat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...