Raggie Jessy Rithaudeen
ڤليق سوڠڬوه كڽاتأن ازلينا
Apabila Datuk Seri Azalina Othman mempersoalkan kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak mencalonkan Peguam Negara baharu, dia seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan Ismail Sabri.
“Sesiapa yang jadi perdana menteri akan melantik orang dia untuk jadi peguam negara,” katanya
Lantikan politik la tu…
Azalina tahu, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang mewajibkan seorang Perdana Menteri baharu menukar Peguam Negara.
Sekiranya Ismail Sabri berpuas hati dengan kemampuan Peguam Negara yang dilantik sebelumnya untuk menjalankan tugas, tidak ada sebab dia perlu menukar Peguam Negara.
Pelik sungguh kenyataan Azalina.
Dia seolah-olah mencadangkan pelantikan Peguam Negara perlu dinilai dari kaca mata politik, bukannya berdasarkan kemampuan seseorang melakukan kerja dengan ikhlas dan kemampuan Perdana Menteri menilai keikhlasan itu.
Cebisan ‘mindset’ UMNO yang gemar lantikan politik?
